CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Roadtax’ dan lesen fizikal kembali tahun depan, ada bayaran tambahan – Kementerian Pengangkutan

20-11-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5606| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menawarkan pilihan kepada orang ramai sekiranya mereka ingin mendapatkan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal seperti sebelum ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan bermula tahun depan menerusi satu inisiatif baharu, namun ia akan melibatkan satu kadar bayaran.

Ini kerana kata beliau, ada segelintir pihak mahukan cukai jalan dan lesen memandu dikeluarkan secara fizikal biarpun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pendigitalan.

“Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.

“Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka. Mungkin kena bayar pencetakan itu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan keberkesanan pendigitalan memberikan penjimatan apabila kurangnya pencetakan.

Dalam pada itu, Loke memberitahu aplikasi Mobile MyJPJ sudah dimuat turun 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan tahun lalu.

“Dari segi transaksi orang yang memperbaharui cukai jalan atau lesen mereka pula mencecah lebih 1 juta transaksi manakala jumlah kutipan MyJPJ ini pula setakat 31 Oktober pula mencatat hampir RM121 juta,” ujarnya. 


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 20-11-2024 11:25 PM
entoh.. aku lagi suka tak nampak

lepas bayar, dapat resit. check system ok. jalaannn

kalau ada fizikal pun, aku letak dalam dashboard
Quote kotakbaju 20-11-2024 11:56 PM
Iols lebih suka yg pelekat kat cermin kete. Sebab bila dok sedia tengok tarikh nak luput kita akan sentiasa ingat..berbanding yg kat myjpj tu, iols tak ingat last login bila. Sebab tak teringat lgsung nak masuk situ.
Quote tumpanglalu74 21-11-2024 01:33 AM
Eh keh3...  Kenape aku ketawe?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.054143 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top