CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisha Retno dituntut bayar RM77,000 kepada penganjur konsert Kharisma Music International

21-11-2024 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11390| Komen: 24

 


Penganjur konsert Kharisma Music International, Yuka Kharisma menuntut penyanyi Aisha Retno membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi merealisasikan persembahan ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) pada Mac lalu.

Katanya, konsert yang dibatalkan pada 16 November lalu sepatutnya menjadi kaedah pembayaran semula jumlah dipinjamkan kepada wanita berusia 24 tahun itu.

Namun, berikutan penjualan tiket yang tidak memberangsangkan itu hanya 98 tiket ditempah, Yuka berharap pihak Aisha dapat melunaskan baki pembayaran tunggakan sebanyak RM77,000 selepas membuat pembayaran RM6,000.

“Kami dengan rela hati meminjamkan RM83,000 untuk persembahannya di AJL dan setakat ini dia baru jelaskan RM6,000 pada Mei lalu.

“Kami tidak pernah menjanjikan tajaan malah saya mempunyai bukti melalui mesej langsung dan mesej suara.

“Kami hanya menaja perkhidmatan sebagai pengarah persembahan bukan wang dana,” katanya.


Dalam masa sama, Yuka turut memaklumkan pinjaman wang tersebut dibuat atas jalinan hubungan baik dengan pelantun lagu Sutera sebelum ini untuk membantu membuat persiapan semasa AJL pada Mac lalu.

“Pihak Aisha Retno (ARE) menyatakan bahawa mereka mempunyai kesukaran untuk mencari dana bagi persembahan Aisha pada AJL tersebut dan telah memohon bantuan daripada pihak Kharisma Music untuk merealisasikan persembahannya.
“Disebabkan hubungan baik antara pihak ARE dan Yuka Kharisma, maka Kharisma Music telah bersetuju untuk membantu pihak ARE dalam mencari dana diperlukan.

“Akibat kesuntukan masa dalam mengumpul dana, Kharisma Music telah bersetuju untuk memberikan pinjaman pendahuluan (advance) bagi memastikan segala persiapan dan persembahan Aisha di pentas akhir AJL lancar,” ujarnya lagi.


Sebelum ini, Kharisma Music International memaklumkan Konsert Malam Samudera Aisha Retno yang dijadualkan pada 16 November dibatalkan atas faktor jualan tiket.

Susulan pembatalan, Aisha meluahkan rasa kesal dengan tindakan penganjur membuat keputusan tanpa memaklumkan kepada dirinya terlebih dahulu. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 21-11-2024 10:44 AM
xkenal tp harap dpt balik duit tu
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:44 AM
buat bisnis kene jujur wak
Quote edoraixora 21-11-2024 10:45 AM
hmmmm....ada cerita belakang tabir rupanya
pasni kita tengok statement balas ARE pulak

duit kemenanngan kat AJL RM50k+RM12k pun tak bayar balik hutang
bayar rm6k je, biar betik kau ni

[youtube]Uf91IXGwQX0[/youtube]


Quote cattiecute 21-11-2024 11:07 AM
persembahan apa kat AJL sampai 83k tu?
gempak sangat ke ?
mahal jugak eh nak prepare masuk AJL pun
Quote supernaturalee 21-11-2024 11:19 AM
edoraixora replied at 21-11-2024 10:45 AM
hmmmm....ada cerita belakang tabir rupanya
pasni kita tengok statement balas ARE pulak

tok mal tersenyum sinis


Quote taji2906 21-11-2024 11:19 AM
membazirnya buat show kat AJL sampai 83k. over bebenau
Quote edoraixora 21-11-2024 11:30 AM


kenapa tok mal tersenyum sinis tu
lembab pulak kita nak paham
Quote supernaturalee 21-11-2024 11:40 AM
edoraixora replied at 21-11-2024 11:30 AM
kenapa tok mal tersenyum sinis tu
lembab pulak kita nak paham

masuk ajl tak dpt paymentbetter fokus job berbayor je

lbh kurang gitula ceritanya



Quote ezacbee 21-11-2024 11:44 AM
supernaturalee replied at 21-11-2024 11:19 AM
tok mal tersenyum sinis

Sbb dia cakap xberbaloi join ajl ni.

Quote fahima80 21-11-2024 11:57 AM
taji2906 replied at 21-11-2024 11:19 AM
membazirnya buat show kat AJL sampai 83k. over bebenau


Most of the artists memang camtu la untuk AJL, semua keluar modal sendiri untuk cantikkan performance. Nak pakai dancers, gimmick etc. Aina Abdul tu agaknya mau dekat 100k untuk setiap kali performance dia di AJL. Dengan props dan sebagainya. Yang paling berjimat Hafiz Suip je time Awan Nano pakai tshirt harga tak sampai rm10.
Quote makton 21-11-2024 11:59 AM
ape yg mahal benor kos persembahan ajl ni? bayaran utk dia jegil2 mata atas pentas ke yg mahal sgt tu?
Quote fahima80 21-11-2024 12:01 PM
makton replied at 21-11-2024 11:59 AM
ape yg mahal benor kos persembahan ajl ni? bayaran utk dia jegil2 mata atas pentas ke yg mahal sgt t ...

bayaran untuk dia terbang masa persembahan tu rasanya. nak buat persiapan untuk dia terbang tu makan kos mahal la tu
Quote idayusoff 21-11-2024 12:05 PM
makton replied at 21-11-2024 11:59 AM
ape yg mahal benor kos persembahan ajl ni? bayaran utk dia jegil2 mata atas pentas ke yg mahal sgt t ...

hahahahahaha..u make my day..jengil2 mata 83k...adududuu
Quote edoraixora 21-11-2024 12:11 PM
supernaturalee replied at 21-11-2024 11:40 AM
masuk ajl tak dpt paymentbetter fokus job berbayor je

lbh kurang gitula ceritanya

oooo...ok2 ingat dah tokmal ada cakap cemtu
Quote Prickford 21-11-2024 12:25 PM
Sheolls ni berbakat besar. Tapi bakat & populariti sheolls belum seiringan lagi. Slowly but surely. Cuma sheolls ni sejenis tak sabar agaknya. Pap terus nak buat konsert. Tiket terjual 98 keping sahaja. 98 tu belum tentu peminat sebenar kau dik. Must be family members & friends dlm kalangan 98 orang tu.
Quote Kangkung1M 21-11-2024 12:29 PM
Edited by Kangkung1M at 21-11-2024 12:30 AM
fahima80 replied at 20-11-2024 11:57 PM
Most of the artists memang camtu la untuk AJL, semua keluar modal sendiri untuk cantikkan performa ...
Aina Abdul tu agaknya mau dekat 100k untuk setiap kali performance dia di AJL.

Aina Abdul, AJL edisi lepas rasanya lebih 100k sebab krew je dah 80 orang.

Persembahan keluar bau harum, rupanya Aina Abdul sembur minyak wangi... 80 petugas bantu persiapan AJL38
Sumber: https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2024/03/04/persembahan-keluar-bau-harum-rupanya-aina-abdul-sembur-minyak-wangi-80-petugas-bantu-persiapan-ajl38

Apa ada hal, show Aina back to back, beliau mampu.

[TikTok]7437881988201073928[/TikTok]
Quote scrocth 21-11-2024 12:30 PM
Xsabar nak baca statement balas ARE. Kenapa sekarang baru nak mengungkit pinjaman tu? kenapa xmintak terus lps habis acara ajl? dan kenapa plak Kharisma Music bersetuju nk anjurkan konsert AR kalau duit buat ajl pun AR xhabis bayar lg?
Quote emera 21-11-2024 12:33 PM
98 keping je tiket?? Sedihnye laaaa haiii.. so ko paham laa kan skrg yg ko xde peminat?
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:16 PM
harap dpt diselesaikan secepat mungkin

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.230537 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top