CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

200 ribu barang kes bernilai RM1.87 juta dilupuskan

21-11-2024 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8623| Komen: 10

 


Kajang: Lebih 200,000 barang kes polis daerah ini termasuk peralatan bitcoin, mesin judi, peralatan komputer, rokok dan arak yang dianggarkan bernilai lebih RM1.87 juta dilupuskan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ia selepas arahan pelupusan oleh mahkamah ke atas barangan kes membabitkan 313 kertas siasatan sejak 2019 hingga tahun ini.

"Barang kes perjudian yang dirampas menerusi Op Dadu merangkumi 1,504 set mesin slot, komputer, komputer riba, telefon bimbit, pembesar suara yang bernilai RM109,400.

"Turut dilupuskan, barang kes Op Kontraban iaitu 572 tin minuman keras bersama 23,469 botol arak serta 4,018 karton kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM908,700," katanya ketika berucap pada Majlis Pelupusan Barang Kes di Balai Polis Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, Datuk Saiman Kasran dan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.


Mengulas lanjut, Naazron berkata, barang kes bitcoin dan pusat panggilan penipuan yang merangkumi 713 mesin bitcoin; peralatan elektrik lain (84); komputer dan komputer riba (127); telefon bimbit (411); kad ATM (13) serta cakera padat (173,065) dengan keseluruhan berjumlah RM858,600 dilupuskan.

Selain itu katanya, turut dilupuskan adalah 205 bungkusan berisi pelbagai dokumen.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak terjebak dengan kegiatan jenayah termasuk perjudian dan penipuan dalam talian yang menyalahi undang-undang.


Sumber : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 21-11-2024 10:42 AM
so sad. harap polis sabar
Quote aavakateimani 21-11-2024 10:42 AM
ok la tu dari takde buat pe
Quote nisako 21-11-2024 10:56 AM
wow
Quote aavakateimani 21-11-2024 12:03 PM
membazir shj knp x derma
Quote aavakateimani 21-11-2024 12:04 PM
biase biase jr
Quote hokeypokey 21-11-2024 01:53 PM
benda yg boleh pakai kenapa tak recycle guna balik or derma kt orang? buat garage sale ke.. membazir lupus gitu jer..
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:13 PM
boleh kitar semula rrr
Quote aavakateimani 21-11-2024 02:14 PM
tak patut lupus brg boleh guna lg
Quote ninja boy 21-11-2024 02:18 PM
Brg kes bentuk wang dan emas pi mana
Quote cantthinkofany 21-11-2024 03:04 PM
ninja boy replied at 21-11-2024 02:18 PM
Brg kes bentuk wang dan emas pi mana

aku pun baru nak tanya.........dah sedekah ke?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.123651 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top