CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Johor pertimbang sektor awam kerja 4 hari setengah seminggu

21-11-2024 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31372| Komen: 13|Original author: EJALTI

 

 
 
Johor sedang meneliti cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada hanya empat hari setengah. - Foto hiasan NSTP

ISKANDAR PUTERI: Johor sedang meneliti cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada hanya empat hari setengah.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Bagi tujuan itu katanya, kerajaan negeri kini sedang giat melakukan penambahbaikan bagi mempertingkatkan produktiviti dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatannya.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto fail NSTP


Beliau berkata, ia termasuk memperkasa perkhidmatan digital dengan penambahan urusan yang boleh dilaksanakan secara dalam talian atau online.

"Kerajaan Johor juga akan memanjangkan waktu operasi perkhidmatan kaunter yang kritikal untuk terus beroperasi termasuk pada waktu rehat antara jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

"Penyeragaman waktu operasi perkhidmatan kaunter di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan dilaksanakan.

"Sekiranya usaha-usaha penambahbaikan itu berjalan lancar, Insya-Allah kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja kepada empat hari setengah tanpa mengurangkan keseluruhan tempoh jam bekerja bagi sektor awam.

"Bagaimanapun, ia perlu mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan restu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim," katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024, di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan melaksanakan waktu bekerja dalam seminggu yang paling singkat di dunia iaitu hanya empat hari setengah seminggu, berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Di bawah langkah itu, waktu kerja antara Isnin hingga Khamis adalah bermula jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang manakala bagi hari Jumaat, waktu bekerja bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Bahkan bagi pekerja kerajaan, mereka mempunyai pilihan untuk bekerja dari rumah pada Jumaat dan menyusun jadual waktu bekerja mengikut masa yang fleksibel.

Johor umum bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam

Sementara itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri memberikan insentif khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada kira-kira 17,704 penjawat awam negeri.

Katanya, pemberian insentif khas kewangan berkenaan turut diberikan kepada kakitangan kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

"Semoga insentif ini menjadi motivasi untuk meningkatkan kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor," katanya.

Mac lalu, Kerajaan Johor turut memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada seluruh penjawat awam di negeri ini.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri itu memanfaatkan seramai 17,704 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 21-11-2024 06:47 PM
Aku dah ckp yg pemalas ni byk staff negeri dgn ofis.
Quote PULANGKAN 21-11-2024 08:22 PM
hari Jumaat petang tu, sapa datang dikira OT la eh ke camane. lost terus kira-kira hari ni

tapi buat kaum Adam yang menunaikan solat Jumaat, elok la. takde la terkejar-kejar nak solat, sangkut jem bagai

husnuzon dulu
Quote primarikey 21-11-2024 08:54 PM
Alhamdulillah klu jadi
Quote tagas 21-11-2024 08:54 PM
Edited by tagas at 21-11-2024 08:55 PM

Consider keje 4 hari jer la

Jumaat ala ala cuti
punch card

masuk ofiz

toxic2 sket

mengopi

then trus cabut yabedabedu
Quote lostnfaun 21-11-2024 09:06 PM
tagas replied at 21-11-2024 08:54 PM
Consider keje 4 hari jer la

Jumaat ala ala cuti

Kalau Johor, hari jumaat tue biasanya ada ngaji dulu dlm setgh-sejam. Selalunya start 8.30-9.00, habis ngaji keluar minum dlm 45min.

Masuk opis balik pkl 10 buat keje sikit pastu pkl 12 dah standby nak balik. Paling best kaum hawa la kan. Hahaha
Quote cm_vungtau 21-11-2024 10:31 PM
Entah2 lepas 12.30 pm sekarang pun kalau check takde orang pun kat opis
Quote cm_vungtau 21-11-2024 10:32 PM
Kosser la aku penjawat awam ko angkat2 kemain macam la kerja susah sangat. Tapi penjawat awam doktor dilayan macam haper aje, terus lebih dari 45 jam seminggu swasta. Gila betul.
Quote Tumpang-Sibok 21-11-2024 10:36 PM
Sembang parpu je nih. Gaji minimum…berpuluh tahun x naik2 ramai menentang dulu…
Quote TOPwind 22-11-2024 12:03 AM
sepatutnya sehari je seminggu

jimat dalam segala hal
Quote cm_vungtau 22-11-2024 01:04 AM
Takyah kerja terus aje lah. Pastu penjawat awam paling tinggi buat personal loan. Sebabnya banyak sangat masa terluang untuk surf shopee
Quote sayurmayur88 22-11-2024 08:10 AM
untong ler..
Quote aavakateimani 22-11-2024 09:49 AM
work smarter not harder
Quote aavakateimani 22-11-2024 09:50 AM
work less earn more

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.070368 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top