CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebby Yus dedah tolak tawaran penderma buah pinggang sebab tidak tergamak

21-11-2024 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36223| Komen: 22

 


Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.

Dalam sehari, Ebby menjalani rutin dialisis sebanyak dua kali selama lebih kurang 40 minit setiap sesi.

"Alhamdulillah. Sekarang, saya menjalani dialisis air sebab untuk dialisis darah, jantung tak kuat. Sekarang, saya buat bilik khas untuk dialisis di rumah.

"Sehari, saya perlu jalani dialisis sebanyak dua kali pagi dan petang. Sekarang, pihak hospital berikan percubaan cecair 7.5 peratus yang agak kuat dan ia boleh bertahan 12 jam," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ebby, dia juga perlu mengehadkan pengambilan air, namun bersyukur kerana berat badannya mula menunjukkan kenaikan.

"Untuk air minuman, saya boleh minum 800 mililiter air sahaja. Andai kata saya kerap buang air kecil, saya boleh minum lebih. Alhamdulillah, proses membuang air kecil pun tak ada masalah.


"Berat badan saya pun dah naik. Sebelum ini, berat saya turun sehingga mencecah 59 kilogram (kg). Tapi, sekarang dah naik semula hingga 64 kg. Makan pun dah berselera," katanya.

 

Ketika ditemui, Ebby juga turut berkongsi mengenai bagaimana dia menolak derma buah pinggang yang ditawarkan tiga individu kepadanya.

"Ada tiga individu yang nak mendermakan buah pinggang, tapi, saya tolak. Tak mengapa. Sebabnya, saya tak sampai hati nak ambil buah pinggang orang lain kerana mereka pun ada anak dan isteri.

"Jadi, kalau ada rezeki untuk saya sihat, Alhamdulillah. Kalau tak ada, dah sampai masa saya.

"Bahkan, kalau adik beradik nak derma pun, saya rasa, tak (terima) kot. Lagi pun, kita tak tahu sama ada ia sesuai atau tidak dengan kemampuan badan kita.

"Saya dah hidup dengan pelbagai penyakit ini sejak berusia 20-an lagi sehinggalah saya sekarang berusia hampir 60 tahun. Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan kepada saya," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan penyanyi, Datuk Awie bersama Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah, Datuk Eddy Amir Salim serta pasukannya.


Sumber : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 21-11-2024 09:46 PM
Die ni walaopn kulit gelap
Tp muka die xkeruh
Cmne nk ckp eh
Rase mcm manis je tgok mcm org baik2

Semoga dipermudahkan urusan tok sembuh
Quote allshares 22-11-2024 02:40 AM
Baik Abby Yus ni. moga diberi kekuatan. Sian org dialisis ni, air bercatu, kebersihan blk dialisis kena jaga betul2, nikmat shishi takde dah. Nk g jln jauh mana2 pun susah sebab kena ikut jadual dialisis tu.
Quote surihatilara 22-11-2024 04:29 AM
missyL replied at 21-11-2024 09:46 PM
Die ni walaopn kulit gelap
Tp muka die xkeruh
Cmne nk ckp eh

Parents I kata dulu tak gelap sgt sebenarnya. I tgk kat youtube orang compile pics lama dari zaman beliau berlakon bersilat pun in fact memang biasa je kulitnya.

Cuma kalau 20s dah mula sakit, sebab sakit dah beberapa lama & dah masuk mid 30s tu lah mula nampak kesan kat kulit gamaknya.
Quote noor2 22-11-2024 06:41 AM
Dia minum tea tarik ke apa tu
Quote tri-max 22-11-2024 09:02 AM
putih betul hati dia walaupun kulit dia gelap
dia menolak sbb pikir buruk baik pada penderma
padahal dia sudah bersyukur dgn kurniaan umur 60 tahun ..
salute la abg ebby nih
Quote blekkep 22-11-2024 09:29 AM
noor2 replied at 22-11-2024 06:41 AM
Dia minum tea tarik ke apa tu

gmbar lama tuh time sihat...now dh kurus kering..
Quote ketupatnasi 22-11-2024 09:37 AM
noor2 replied at 22-11-2024 06:41 AM
Dia minum tea tarik ke apa tu

hehehe tu la... kita pun nampak yang sama. kemahen tajuk, artikel dan gambar seiring jalan
ebby ni berkawan n membesar dgn abg acik. sama2 geng silat gayung dari sekolah. vibe abang2 sgt dari dulu sampai dah tua renta. semoga dipelihara Allah di dunia n akhirat.


Quote aavakateimani 22-11-2024 09:49 AM
semoga sihat
Quote aavakateimani 22-11-2024 09:49 AM
jaga kesihatan
Quote silance 22-11-2024 09:58 AM
Kesian sangat banjir tahun 2021, runtuhkan rumah beliau di Ulu Langat.

Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mendoakan beliau dimurahkan rezeki, disembuhkan penyakitnya, dikurniakan ahli keluarga dan kawan-kawan yang baik hati dan dimudahkan segala urusan. Saya yakin Ebby ni orang yang baik, tak pernah dengar cerita/gosip buruk pasal beliau.

Quote biozipstar 22-11-2024 11:13 AM
semoga yg terbaik utk encik...
Quote Nnasda53 22-11-2024 11:18 AM
Semoga di permudahkan setiapnya urusan rawatan juga urusan seharian buat Ebby Yus.
Semoga di berikan kesembuhan oleh Allah swt.
Quote dekmieDandy 22-11-2024 11:21 AM
sorry tak tau, kalau jenis dialisis tiap hari ni, dia ada tiub khas macam chemo pod tu jugak ke?
Quote k0iZ0rA18 22-11-2024 11:51 AM
dekmieDandy replied at 22-11-2024 11:21 AM
sorry tak tau, kalau jenis dialisis tiap hari ni, dia ada tiub khas macam chemo pod tu jugak ke?

Dia buat dialisis air @ capd ade tenckhoff catheter kat perut... Kalau dialisis darah @ hd selalu fistula kat tangan... Kalau ade masalah urat akan pakai perm cath kat dada... Kalau emergency dialisis pakai ijc cath kat leher...
Quote zuriey 22-11-2024 12:01 PM
Pesakit buah pinggang ni boleh je hidup lama kan
Cuma kalau dah kena infection habis la innalillah je
Mcm makcik i berbelas tahun dialisis
Meninggal sbb infection kuman dah masuk dlm saluran darah..
itu yg paling kena jaga rumah tak boleh kotor
Quote SR4tahun 22-11-2024 12:07 PM
silance replied at 22-11-2024 09:58 AM
Kesian sangat banjir tahun 2021, runtuhkan rumah beliau di Ulu Langat.

Di pagi Jumaat yang mulia in ...

Aminnnnn!
Quote dekmieDandy 22-11-2024 07:24 PM
k0iZ0rA18 replied at 22-11-2024 11:51 AM
Dia buat dialisis air @ capd ade tenckhoff catheter kat perut... Kalau dialisis darah @ hd selalu  ...

tenkiu sis for explanation, dah google yang kat tangan tu tak jumpa, ke iolls yang salah google

nah munge
Quote DeLuna85 22-11-2024 07:42 PM
Tapi teh tarik tetap minum. Heaven kan. Tapi kalau org yg nak dermakan buah pinggang tak kira dia jual buah pinggang ke?
Quote red_velvet 22-11-2024 07:46 PM
I suka pakcik ebby berlakon dalam drama Enot dulu... Loghat nismilan heols menambah perisa pada watak yang dibawak . Tambah pulak dia bawak watak pekak .. memang lawak .. semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat untuk pakcik ebby

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053528 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top