CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja perempuan OKU hilang selepas ke tandas

21-11-2024 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37326| Komen: 26


 


Kuala Terengganu: Remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang dan gagal dikesan selepas keluar bersarapan pagi bersama keluarga sejak 25 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, laporan berhubung kehilangan Erma Fatima Shamsul Bahari, 17, dibuat bapanya pada pagi 26 Oktober lalu.

Menurutnya, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar itu adalah OKU kategori masalah pembelajaran spesifik (specific learning disorder atau SLD).

Katanya, siasatan awal mendapati keluarga remaja itu membawanya keluar untuk bersarapan di sebuah restoran di Pantai Batu Buruk, jam 8 pagi pada 25 Oktober lalu.

"Selesai makan, remaja itu memaklumkan ingin ke tandas, namun tidak kembali ke pangkuan keluarga.

"Bapanya mencari remaja itu di kawasan sekitar namun gagal dan membuat laporan polis.


"Sehingga kini, Erma Fatima belum ditemui dan gagal dikesan," katanya yang memaklumkan remaja itu tidak membawa mempunyai sebarang alat telekomunikasi bersama.

Katanya, ketika hilang, remaja berkenaan memakai baju lengan panjang, bertudung dan berseluar berwarna hitam serta berselipar.

Beliau berkata, ciri-ciri fizikal remaja berkenaan iaitu berkulit kuning langsat, berambut panjang hitam, hidung besar, bibir dan mulut nipis, ketinggian 155 sentimeter, berat badan lingkungan 50 kilogram dan bertudung.

Azli berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azizul Azizan di talian 013-4195779.

Sumber : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mergastua 21-11-2024 09:11 PM
tak jumpa lagi yer adik ni .. dekat sebulan dah kot
napela tak diteman nak pergi tandas dah tau anak oku kan
Quote mergastua 21-11-2024 09:11 PM
kesian .. semoga selamat la dijumpai
Quote rosmahisham 21-11-2024 09:26 PM
Edited by rosmahisham at 21-11-2024 09:27 PM

Semoga selamat dan
tidak diapa2kn..lawa bdknya..muka cam.neelofa
Quote shernazz 21-11-2024 09:37 PM
Nama erma fatima
Sama.lah dgn.sepupu.iols..maknye bagi nama umi aida...huhu
Mesti.oeminat erma fatima ni
Quote Carcosa 21-11-2024 10:27 PM
Dah nak dkt sebulan dah wehhh.
Quote doubleA 21-11-2024 10:32 PM
Semoga erma fatima dijumpai selamat. Muka macam nelopak ko dik, nama pula pengarah tersohor
Quote doubleA 21-11-2024 10:32 PM
shernazz replied at 21-11-2024 09:37 PM
Nama erma fatima
Sama.lah dgn.sepupu.iols..maknye bagi nama umi aida...huhu
Mesti.oeminat erma fatim ...

Kawan iols diberi nama mass idayu
Quote sayawifenikmie 21-11-2024 10:42 PM
Ya Allah ... lama dah hilangnya ... kat mana lah awak sayangggg ...
Quote sayawifenikmie 21-11-2024 10:45 PM
anak istimewa saya tak akan keluar rumah tanpa ditemani saya suami kakak dia atau sepupu dia
kalau  keluar, nak ke tandas ke ... memang kami akan tunggu kat luar
ghisauu nyaaa

rasa nak bagi dia paaki gelang ada no talipon kami lah
dulu2 masa dia kecik kami pakaikan gelang
Quote Jikookie 21-11-2024 10:46 PM
Kenapa tak teman?

Quote cap_ayam 21-11-2024 11:43 PM
Kesiannya anak ni.. semoga tak diapa apakan orang berniat jahat
Quote TOPwind 21-11-2024 11:56 PM
doubleA replied at 21-11-2024 10:32 PM
Kawan iols diberi nama mass idayu

ada tak yg namakan anak dia Mat Sabu
Quote pocongkiutss 22-11-2024 01:26 AM
doubleA replied at 21-11-2024 10:32 PM
Kawan iols diberi nama mass idayu

Sedihnya .hahahah
Quote shernazz 22-11-2024 09:29 AM
doubleA replied at 21-11-2024 10:32 PM
Kawan iols diberi nama mass idayu

Iols syak pak dia minat 100 persen cintaku
Quote aavakateimani 22-11-2024 09:43 AM
semoga cepat ditemui
Quote aavakateimani 22-11-2024 09:44 AM
please pray for her
Quote iniaroonz 22-11-2024 01:36 PM
semoga selamat budak ni...dan dapat dijumpai semula...aamiin...
Quote edayildiz 22-11-2024 01:39 PM
nape mak ayah ke adik yg bkn oku tak teman
jgn plot twist sudah..
wpn bdk ni oku dia ada rupa..hrp slmt la dek..
i jenis yg xkn singgah toilet kalau jalan2 sbb i tkt huhu
Quote cantthinkofany 22-11-2024 01:43 PM
TOPwind replied at 21-11-2024 11:56 PM
ada tak yg namakan anak dia Mat Sabu

hahahahaha.....

anyway....semoga Allah permudahkan urusan ahli keluarga budak ni.....Aamiinnnn

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.041361 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top