CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak sedar seluar dah jadi skirt... Tahan malu nampak bulu kaki - Izreen Azminda imbau kejadian kena pukau di Mall

21-11-2024 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36893| Komen: 23

 


Pernah berdepan insiden menakutkan, pelakon Izreen Azminda mendedahkan menjadi mangsa pukau seorang wanita ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 39, berkata, ketika dipukau, dia bukan hanya menyerahkan beg tangan serta barangan berharga lain, bahkan memberikan seluar yang dipakai kepada individu terbabit. 

“Masa kejadian itu saya di tandas sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, ada orang datang calit gincu dekat seluar saya.

“Dia kata boleh tolong cuci dan saya terus buka seluar beri pada dia. Kemudian dia bagi pula ‘skirt’ dia kepada saya.

“Bukan setakat seluar tapi sekali dengan beg tangan saya berikan kepada perempuan tersebut,” katanya dalam Instagram Story.


Biarpun kejadian itu sudah bertahun-tahun berlalu iaitu ketika masih di zaman belajar, pengalaman tersebut masih dirasakan pelik.

Katanya, perkara itu kerana dia keluar dari tandas memakai skirt individu terbabit yang menampakkan bahagian kakinya.

“Penyudahnya saya hilang beg tangan yang berisi duit, kad bank, kad pengenalan dan kad lesen memandu.

“Masa kena pukau saya masih belum bertudung dan berjalan di pusat beli belah itu memakai skirt dengan bulu kaki tak bercukur lagi.

“Mujur saya jumpa kawan yang memang saya menunggu sebelum itu. Dia tegur kenapa pakai skirt sampai nampak bulu kaki,” ujarnya.

Menurut ibu kepada empat anak itu, seboleh-bolehnya dia enggan mengenang momen menakutkan yang dilalui.

“Akhirnya barulah saya tersedar daripada dipukau. Tak lalu nak ingat balik,” katanya lagi.

Terdahulu, pengikut laman sosial pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu memintanya menyambung kisah dipukau yang diceritakan sebelum ini untuk mengetahui pengakhirannya. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipanimanz1 21-11-2024 11:34 PM
who are yus???
Quote slyfynx 21-11-2024 11:50 PM
Ah, sibuk la kau.
Xde sape tanya.
Nmpk bulu poen pun org x heran la
Quote kucim 21-11-2024 11:55 PM
Takda aura.Membosankan.
Quote zuriey 22-11-2024 12:18 AM
Diam la ppuan gile..
Quote Kak-Rohana 22-11-2024 12:31 AM
punya la sendu sampai kisah bulu kaki pun wartawan buat modal gosip....
Quote Carcosa 22-11-2024 01:26 AM
Kena pukau ke, kau mmg bodo?
Quote allshares 22-11-2024 02:33 AM
Nyah kau semula ke dalam gua. Puipui sawadi miangkau (jampi halau setan betina)
Quote KamikuP 22-11-2024 08:10 AM
wPON PERANGAI DIA hauk dan sempudal, lakonan dia mantap dan tak kayu cuollss.. ekekekeke
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:36 AM
ok lah tu
Quote aavakateimani 22-11-2024 08:37 AM
skirt pun cantik
Quote Kiahlemau 22-11-2024 08:49 AM
allshares replied at 22-11-2024 02:33 AM
Nyah kau semula ke dalam gua. Puipui sawadi miangkau (jampi halau setan betina)

Aduiii tergelak kak kiah baca ni...Kang org ingt kak kiah giler mcm okg ni hahahaha
Quote Kiahlemau 22-11-2024 08:50 AM
KamikuP replied at 22-11-2024 08:10 AM
wPON PERANGAI DIA hauk dan sempudal, lakonan dia mantap dan tak kayu cuollss.. ekekekeke

Kan...yg ni walaupn pedih terpaksa di akui...bab berlakon dia mmg power hehehe
Quote putribonda 22-11-2024 08:57 AM
Kiahlemau replied at 22-11-2024 08:50 AM
Kan...yg ni walaupn pedih terpaksa di akui...bab berlakon dia mmg power hehehe

kannn..dari budak2 sekarang modal muka dan body je tp berlakon mcm harey.tu pun berebut director nak ambik belakon janji muka body boleh jual.
Quote ketupatnasi 22-11-2024 09:46 AM
KamikuP replied at 22-11-2024 08:10 AM
wPON PERANGAI DIA hauk dan sempudal, lakonan dia mantap dan tak kayu cuollss.. ekekekeke

indeed. ahahaha.
Quote biozipstar 22-11-2024 11:17 AM
kenapa cerita mcm aib je..
Quote I.K.A888990 22-11-2024 01:10 PM
dah berlakon balik ke?
Quote hokeypokey 22-11-2024 01:17 PM
cerita zaman tok kaduk ko ungkit.. cobaan utk comeback kerrr??? peluk jer lah laki kau kt rumah
Quote dewi_rina 22-11-2024 01:32 PM
Kau kan pondan, bulu kaki mcm jantan.. Cukur lagi lebat dan tebal
Quote Olumis 22-11-2024 01:33 PM
Kesian... Demi nak kekal relevan terpaksa reveal pekung di kaki. Btw, kaki sheols memang berbulu lebat ker.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.142855 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top