CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kita doakan dia sebab Tuhan lihat kualiti bukan kuantiti’ - Nora Danish

22-11-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30565| Komen: 7

 


Terpanggil meluahkan pandangan, pelakon Nora Danish berharap masyarakat tidak merendahkan usaha rakan seperjuangannya iaitu Diana Danielle yang ingin berubah menjadi Muslimah lebih baik.

Kata Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, kesalahan sebenarnya adalah sikap segelintir individu itu sendiri yang suka menghakimi orang sekeliling.

“Tidak salah mereka yang mencari hidayah Allah, tidak kira apa cara sekali pun. Yang salah bagi kita yang senang sangat menghukum.

“Semua itu aturan-Nya, bila tiba masanya mereka inilah yang akan jadi lebih baik daripada kita,” katanya dalam InstaStory.

Perkongsian itu dibuat merujuk kepada luahan Diana atau nama lengkapnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, yang kesal apabila kenyataan ingin lebih mendekatkan kepada Allah dengan bersolat dipertikaikan.

Pada hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan sewajarnya setiap orang mendoakan perkara baik untuk insan sekeliling.


“Allah lihat kualiti bukan kuantiti. Kita sama-sama doakan yang baik boleh?” ujarnya.
Terdahulu, Diana menerusi hantaran di aplikasi Threads menyatakan adalah tidak wajar untuk mana-mana individu berasa pelik dengan perkongsian yang dibuatnya sebelum ini.

Isteri kepada pelakon Farid Kamil itu terkilan apabila ada pihak mengaitkan kewajiban bersolat dengan penampilannya yang belum bertudung.  

Sumber : KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 23-11-2024 04:48 AM
Edited by hokeypokey at 23-11-2024 04:54 AM

bosannya aku dgn janda terpaling hijrah ni..
sibuk jer nk komen.. dh mcm abby abadi
Quote aavakateimani 23-11-2024 06:50 AM
nora skrg byk perubahan. sy sgt bahagia untuk dia
Quote aavakateimani 23-11-2024 06:54 AM
dd tu mcm dah x betul je. cepatlah bebaskan diri ko dari fkacip. it's not easy to escape from a marriage with an addict but u kenduit sis
Quote noor2 23-11-2024 07:59 AM
aavakateimani replied at 23-11-2024 06:50 AM
nora skrg byk perubahan. sy sgt bahagia untuk dia

Tgk kat instagram dia masih lagi teegedik2 ambil video sendiri + filter yg melampau tp bertudung labuhlah...sama je dgn yg dulu cuma yg dulu x bertudung..
Quote missyL 23-11-2024 11:39 AM
noor2 replied at 23-11-2024 07:59 AM
Tgk kat instagram dia masih lagi teegedik2 ambil video sendiri + filter yg melampau tp bertudung l ...

Tu yg ssh
Klo setakat pakai tudung je sapa pn bole

Nk hijrah yg org x nmpk tu ssh
Hijrah yg dlm hati
Yg xperlu post ke socmed.

Yg bgn subuh pagi2 sorang2
Jaga solat 5 waktu
Tu yg ssh.

Yg ssh adalah hijrah yg org x nampak
Quote missyL 23-11-2024 11:41 AM
aavakateimani replied at 23-11-2024 06:54 AM
dd tu mcm dah x betul je. cepatlah bebaskan diri ko dari fkacip. it's not easy to escape from a marr ...

Xde nye
Gadoh je mintak cerai
Pastu rujuk
Bosan ehh

Klo gadoh2 je xperlu la post ke socmed
Ko tu artis
Quote missyL 23-11-2024 11:42 AM
hokeypokey replied at 23-11-2024 04:48 AM
bosannya aku dgn janda terpaling hijrah ni..
sibuk jer nk komen.. dh mcm abby abadi

Dulu diam je

Ramai sgt dok puji puja
Terbuai dlm pujian kot

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.048558 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top