Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini memberi pengalaman luar biasa kepada para pelajar dan tetamu yang hadir apabila ia dimeriahkan dengan persembahan beberapa penyanyi popular negara. Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai berkongsi suasana ‘havoc’ di dalam dewan dan menggambarkannya seperti sedang menonton konsert. Selain daripada itu, permainan lampu dan tayangan pada skrin pentas yang mengiringi persembahan para artis seperti Aina Abdul, Aishah Retno dan Ezad Lazim turut memeriahkan lagi suasana majlis konvokesyen tersebut sehingga menerima sorakan hebat daripada pelajar serta tetamu. “Memang konfius, ini majlis konvo (konvokesyen) atau konsert, memang ‘havoc’ habis. UniKL tak pernah mengecewakan,” kata Hairani. “‘Rare’ gila, orang yang beli tiket konsert pun belum tentu dapat berada dekat dengan Aina Abdul, ‘jelesnya’. Kena sambung belajar dekat UniKL la macam ini,” ujar Rose.
“Seronoknya susasana konvo sekarang. Tapi UniKL memang hebat soal hiburkan pelajar dan tetamu setiap kali majlis konvokesyen. Sentiasa fenomena,” puji Shafiq. Sumber : KOSMO |
pooh~key replied at 22-11-2024 10:21 PM
Entah kenapa somehow akak rengsa dengan aina abedul ni dek. Kau nyanyi sedih muka gitu, kau nyanyi k ...