Paranoid dengan lambakan kes melibatkan pembantu rumah, pelakon Anzalna Nasir mengakui sanggup melepaskan tawaran kerja bernilai ratusan ribu demi menjaga anak-anaknya sendiri sejak beberapa tahun lalu. Selain melepaskan tawaran kerja, Anzalna, 36, juga tidak pernah walau sekali meninggalkan dua anaknya iaitu Eidrees dan Mohamad Emirhan bersendirian dengan pembantu rumah sejak lahir. “Menonton video ini buat hati saya hancur, alhamdulillah Allah SWT lindungi Zeq (anak pempengaruh, Dr. Say Shazril). “Saya memang tak boleh kalau melibatkan hal berkaitan pembantu rumah sebab banyak sangat kes begini (dera). “Saya bukan ibu yang sempurna tetapi sanggup korbankan kerja demi anak-anak. Sejak mereka lahir, tidak pernah sekali pun tinggalkan sendirian dengan pembantu rumah,” katanya dalam Instagram. Menurutnya lagi, tawaran kerja sanggup diketepikan asalkan dua anaknya sentiasa selamat di bawah jagaannya sendiri. “Walaupun terlepas tawaran kerja beratus ribu pun, tak mengapa. Paling penting anak-anak ada di bawah jagaan sendiri. “Saya akan batalkan setiap perancangan sekiranya keluarga tidak dapat menjaga mereka. “Tidak akan sekali pun saya tinggalkan anak-anak dengan pembantu rumah kerana saya tidak langsung mempercayai mereka walau baik macam mana,” ujarnya. Menerusi perkongsian sama, Anzalna turut mengulang siar video milik Dr. Say yang memaparkan seorang pembantu rumah menjaga dan melayan anak lelakinya berusia 10 bulan dengan cara yang kasar sehingga bimbang memberi kesan buruk terhadap kesihatan kanak-kanak berkenaan. Sumber : KOSMO |
toxicated replied at 22-11-2024 11:22 PM
Bagus anzalna ko sekolahkan skit doktor terpaling parenting tips tu
cicicumel replied at 23-11-2024 09:32 AM
Maid Dr Say sekali pandang pn mcm x betul..lagi mahu percaya..
truesonic replied at 23-11-2024 11:03 AM
Naper ko blur kan mata anak dia
1M tau dah ruper dia org
Sazreena replied at 23-11-2024 04:47 AM
Sempat aku bagi sedas kat si say tu..mmglah xde parents yg sempurna tp mana common sense ko harapkan ...
Prickford replied at 23-11-2024 01:28 PM
Kat FB sana ada bekap dah. Kata Say & bini dedua doktor. Negara memerlukan khidmat doktor dari khi ...
ADVERTISEMENT