CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh)"– Zul Ariffin ‘tersasul’ doa minta 4 isteri ketika di Jabal Rahmah

23-11-2024 08:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 58455| Komen: 25

 


Pelakon popular Zul Ariffin mengundang perhatian ramai apabila berdoa dengan meminta dikurniakan jodoh di Jabal Rahmah, Mekah dalam sebuah video hari ini.

Namun, paling menarik perhatian apabila Zul, 38, membaca doa diberikan jodoh namun menyebut nombor empat dalam bahasa Arab iaitu arba’a sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada dia mahu beristeri ramai.


Meski begitu, Zul dilihat hanya berseloroh dan menegaskan hanya mahu seorang sahaja calon isteri.

“Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh).

“Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca.

“Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun,” katanya.

Difahamkan, bintang filem Sheriff itu kini berada di Tanah Suci bersama keluarganya bagi menunaikan ibadah umrah.

Sementara itu, dalam ruangan komen netizen berharap doa tersebut dimakbulkan dan mahu melihat pelakon kesayangan mereka segera berumah tangga.

“Amboi terus empat orang. Jaga-jaga Zul kalau Tuhan bagi nanti naya!

“Lain macam doa pak dukun! Satu pun belum ada.
“Takut, dia minta kahwin empat terus ke!” komen netizen.

Pada Mac lalu, Zul pernah berkongsi akan menamatkan zaman bujang akhir tahun ini selepas rancangan tersebut terbantut disebabkan fasa pandemik Covid-19

Namun, sehingga hari ini tiada sebarang perkhabaran mengenai majlis tersebut selain dikatakan kembali menjalin hubungan dengan penerbit, Gayatri Su-lin Pillai selepas tular foto mereka menyambut Syawal bersama. 


Sumber – HIBGL

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 23-11-2024 10:39 PM
Nanti aku angkat tgn doa, hg tlg rekod dari blkg.
Aku nak buat konten - kata zulripin
Quote Safirania 24-11-2024 12:44 AM
Moga cepat kawin zul
Quote DARSITA 24-11-2024 02:58 AM

acap juga dia buat umrah ya. Rezeki.
Quote milafida 24-11-2024 06:51 AM
Semuga bertemu jodoh .suka dia pandai berlakon
Quote aavakateimani 24-11-2024 07:05 AM
baru smlm tgk vtt terobek julripin dgn acik yebbi
Quote aavakateimani 24-11-2024 07:05 AM
bila nak kawen
Quote lightheaded67 24-11-2024 07:29 AM
Edited by lightheaded67 at 24-11-2024 07:30 AM

sorg bini pun tak dpt lg, dia dh seloroh 4. apo gejoloh gitew
Quote Kurex 24-11-2024 09:09 AM
dapnyehhhhhh…
Quote Hoola 24-11-2024 09:12 AM
achik suka dia sbb karekter as an actor
tp tu la byk plak kisah personal kontolversi
Quote Perils 24-11-2024 09:22 AM
Umur dah lanjut,sempat ke nk berbini 4.halah halah halah
Quote ashilalat 24-11-2024 09:36 AM
Tk yah kawen la..kau x suka komitmen kan. Nanti susah nanti.
Quote bedahmenjuyah 24-11-2024 10:51 AM
Perils replied at 24-11-2024 09:22 AM
Umur dah lanjut,sempat ke nk berbini 4.halah halah halah

Yg kahwin dua dlm sehari pun ada chuols. Bukan mcm pompuan kena ada wali, edah bagai.
Quote AkokKocik 24-11-2024 12:01 PM
Aku tlg doakan ko dpt jodoh, julripin...
Quote Buritan 24-11-2024 01:45 PM
Sian dengo nak 4 bini..kote pun setengah inici je
Quote hokeypokey 24-11-2024 02:33 PM
sorang bini pun takde, apatah lagi 4
Quote Hoshhi 24-11-2024 03:01 PM
Yo lah bamjul
Quote Hoshhi 24-11-2024 03:03 PM
Sukahati mu la bamjul
Quote ezacbee 24-11-2024 07:05 PM
Ramai acik keledeks rela bermadu demi abam jul. Kawen 4 sekaligus. Abam jul mampu kannn..
Quote keretapilaju 25-11-2024 12:48 AM
Tp aku ada soft spot sket ngan zulripin ni walaupun ada kontroversi sblom ni.. skrg ni dia nampak dah matang.. cara dia handle kes dia ngan si erma patimah tu pun nmpk dia lebih matang drpd erma.. semoga dia jumpa la jodoh dia…

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.228556 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top