LONDON – Sebuah kawasan perkuburan di United Kingdom mengundang kecaman ramai selepas mengumumkan rancangan untuk mengenakan bayaran sebanyak £5 (RM28) bagi setiap sesi menziarah menjelang 2025, lapor akhbar Metro UK semalam. Tanah perkuburan itu terletak di Longton, Staffordshire dan telah beroperasi selama 19 tahun. Pelawat dibenarkan masuk secara percuma bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang (waktu tempatan) dari Isnin ke Jumaat. Namun, pelawat yang melawat di luar waktu operasi dikehendaki membuat pembelian pas VIP secara ‘one-off’. Mereka yang mahu menziarahi kubur atau melakukan pembakaran mayat akan dikenakan bayaran £5 (RM28), manakala £10 (RM56) untuk membuat lawatan di taman bunga. Notis di tanah perkuburan menyatakan: “Mulai Januari 2025, tapak ini akan dilindungi oleh pagar elektrik dan ia akan dibuka atau ditutup secara automatik pada masa yang ditetapkan. Orang ramai dibenarkan masuk menggunakan pas VIP, menjadikan ia lebih selamat untuk kakitangan, keluarga serta pelawat.”
Tindakan itu menimbulkan kemarahan orang ramai, terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan si mati yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut. Seorang pelawat, Jode Bourne berkata: “Sekarang saya perlu membayar yuran keahlian untuk menziarahi kubur ayah saya. Ini satu penghinaan!” – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
hokeypokey replied at 24-11-2024 03:13 PM
apa mahal sgt?? Ada wifi & kitchen ke kubur tu??
hokeypokey replied at 24-11-2024 03:13 PM
apa mahal sgt?? Ada wifi & kitchen ke kubur tu??
Decaffeinated replied at 24-11-2024 05:02 PM
£5 mana ada mahal. Fish & Chips pun £12.50
Decaffeinated replied at 24-11-2024 05:02 PM
£5 mana ada mahal. Fish & Chips pun £12.50
kakikuDibibirmu replied at 24-11-2024 06:24 PM
Entah apa-apa entah makan ikan dengan kentang. Orang makan ikan dengan nasik
kakikuDibibirmu replied at 24-11-2024 06:24 PM
Entah apa-apa entah makan ikan dengan kentang. Orang makan ikan dengan nasik
ultra78 replied at 24-11-2024 06:49 PM
ADVERTISEMENT