Ipoh: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap tidak wujud istilah UMDAP yang merujuk kepada gabungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan, sebaliknya yang wujud hanya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Timbalan Perdana Menteri justeru menegur pendukung Kerajaan Perpaduan agar istiqamah atau konsisten bagi menghindari propaganda pembangkang yang memainkan naratif UMDAP khusus bagi tujuan memberi gambaran kononnya DAP sebagai anti agenda Bumiputera dan anti Islam. "Bagaimana soal UMDAP ini menjadi propaganda kepada musuh-musuh politik kita dan kita tidak istiqamah untuk mempertahankan bahawa UMDAP tidak wujud (kerana) yang wujud ialah BN-PH atau PH-BN walaupun DAP adalah sebahagian dari PH, sebagai mana MCA, MIC, dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) sebahagian daripada BN. "Waktu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atau saya sendiri menyebutkan soal agenda Islam atau agenda Melayu sebagai agenda nasional termasuk arahan Perdana Menteri untuk saya mempengerusikan Kongres Ekonomi Bumiputera... Semua menteri dari DAP menyokong, mendukung.
"Tiada tentangan daripada DAP terhadap agenda Bumiputera itu dan DAP mendokong agenda nasional ini hingga ke peringkat Kabinet. Jadi apa masalahnya? Kita jangan terjebak," kata ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Negeri Perak 2024 di sini, hari ini. Ahmad Zahid berkata, semua pihak perlu menerima hakikat mengenai era politik yang sudah berubah apabila kawan tidak selamanya kawan dan begitu juga lawan tidak selamanya lawan. Katanya, perubahan era itu juga dapat jelas dilihat apabila BN yang mempunyai bilangan kerusi kecil boleh membentuk kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri seperti pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak dan Pahang. "Dulu musuh, sekarang kawan. Dulu kita benci, sekarang ini sayang, sekarang kita cium mulut antara BN dengan PH, dan ini hakikat pemimpin yang baharu. Jika Perak menjadi 'game changer' (penukar permainan) terhadap kewujudan Kerajaan Perpaduan di negara kita, begitu juga di Pahang yang mana kerusi BN kurang daripada kerusi PH. "Di Perak dan Pahang, Menteri Besarnya terus didukung oleh PH. Begitu juga di peringkat pusat BN yang mempunyai hanya 30 kerusi namun kita dapat tujuh jawatan menteri penuh dan enam timbalan menteri. "Timbalan Menteri termasuk Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dulu adalah menteri, tetapi sekarang sudah turun sebagai Timbalan Menteri. Begitu juga Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang dahulunya menteri tetapi kini sewaktu Kerajaan Perpaduan beliau sanggup turun sebagai Timbalan Menteri saja. "Ertinya jawatan itu tidak penting. DAP mendapat 40 kerusi namun mereka ada empat saja menteri. Itu pun tuduhan UMDAP UMDAP, UMDAP masih ada lagi," katanya. Sumber – Harian Metro |
clueless_gamer replied at 25-11-2024 05:23 AM
in politic, there's no permanent friend of foes, it's just leverage of conveniences.. kaki politaik ...
ADVERTISEMENT