CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada sekatan royalti minyak kepada Terengganu - Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil

25-11-2024 12:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27117| Komen: 3

 



Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan Kerajaan Persekutuan mengenakan sebarang sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan bantuan kepada negeri itu seperti apa yang dikenali sebagai Wang Ehsan sebelum ini.

"Tak benar dakwaan itu, kita cuma nak pastikan semua peruntukan itu sampai terus kepada mana-mana projek yang dimaksudkan kerana ia (dana) hak milik rakyat dan harus sampai kembali kepada rakyat dengan saluran tepat dan projek dimaksudkan terlaksana.

"Ia bagi memastikan kelancaran mana-mana pelaksanaan projek, dan keduanya untuk memastikan tidak berlaku apa-apa isu dari aspek pengurusan dana, tak naklah dana terima projek tak jalan," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada 150 pemandu teksi dan e-hailing di Parlimen Lembah Pantai di sini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa Kerajaan Persekutuan mengenakan sekatan terpilih berkaitan royalti kepada negeri itu.

Dalam ucapan penggulungan Belanjawan Terengganu 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Khamis lalu, Ahmad Samsuri mendakwa segala urusan perbelanjaan negeri Terengganu berkaitan peruntukan royalti kini memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan mengikut case-by-case.

Sementara itu mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perjalanan dan kos lawatan Perdana Menteri ke luar negara, Fahmi menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai 'ketinggalan bas'.

"Boleh (minta SPRM siasat), tapi saya nak maklum Tan Sri ketinggalan bas, kita dah keluar kenyataan, sudah perinci perbelanjaan, malah niat Datuk Seri Anwar Ibrahim nak sewa pesawat khas itu untuk kurangkan perbelanjaan dan pembaziran waktu telah beri kerajaan penjimatan lebih RM900,000," katanya.

Sementara itu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR turut menafikan laporan media bahawa lembaga disiplin parti berkenaan akan memuktamadkan tindakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim hari ini, susulan beberapa kritikannya kepada kerajaan.

"Saya tidak dimaklumkan, kebiasaannya bagi parti ini, proses lembaga disiplin itu perlu melalui mesyuarat, akan dibentang ke Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat, tapi setahu saya kita tak dijadual untuk ada mesyuarat hari ini," katanya.


Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 25-11-2024 07:15 AM
Negeri lain boleh mampu juga majukan negeri mereka tanpa hasil minyak. Terengganu dan Kelantan pula begitu mengharapkan kepada royalti. Kalau dasar negeri tu terlalu populis dan sosialis,mmg la duit takkan cukup sebab ia diguna untuk cover hasil negeri yang hilang akibat beri perkhidmatan percuma kepada rakyat.
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:20 AM
jurucakap that isn't jurucakapan
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:21 AM
system ni dah lama. rakyat x bising pun.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.045765 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top