CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jawatankuasa Khas disusun cari penyelesaian isu kekurangan beras putih - Menteri KPKM, Mohamad Sabu

25-11-2024 12:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29189| Komen: 6

 

Shah Alam: Sebuah jawatankuasa khas sedang disusun Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) yang berlaku ketika ini.

Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga sedang melaksanakan sesi libat urus dengan beberapa pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengatasi masalah itu..

"Ini (isu kekurangan beras putih tempatan) sedang kita 'tackle' sekarang. Jawatankuasa khas sedang dibuat dan Ketua Setiausaha (KSU) KPKM mengambil isu ini sebagai isu besar.

"Kita sedang mencari jalan terbaik dan libat urus juga dibuat dengan beberapa Kementerian antaranya KPDN untuk menghadapi masalah (kekurangan) beras... beras ada cuma kita kekurangan beras putih tempatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Negeri Selangor Parti Amanah Negara 2024 di sini, hari ini.


Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata demikian mengulas mengenai kontroversi kekurangan beras putih tempatan di pasaran ketika ini sehingga menimbulkan pertikaian banyak pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang membangkitkan mengenainya ketika sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya juga sedang dalam usaha mentransformasikan agensi dan badan berkaitan pengeluaran padi negara termasuk Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi mengatasi masalah kekurangan beras tempatan.

"KPKM juga sedang giat mempromosikan penanaman padi ala Sekinchan secara besar-besaran untuk meningkatkan pengeluaran padi pada masa hadapan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim membangkitkan mengenai isu beras putih tempatan (BPT) yang didakwa sehingga kini hampir tidak terdapat di pasaran.

Membandingkan dengan beras putih import (BPI) yang lebih banyak di pasaran, Hassan menyarankan kerajaan khususnya KPKM termasuk agensi Kawal Selia Padi dan Beras untuk bercakap benar mengenai situasi BPT dalam pasaran negara.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 25-11-2024 04:27 AM
bang mat.. mohon fikir dulu 10 kali sebelum bercakap sekali ye.. ni in general advise

bab kerja ni, ambik org yg betul berkelayakan jadi penasihat teknikal, awak ni jaga tong beras negara, mmg banyak penyangak menempel sekarang ni dari dulu lagi.. negeri awak sendiri tu jagalah elok2 ye, org nak tengok hasil zaman sekarang ni bukan sekadar sembang kencang lagi ye..
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:13 AM
tukar org dlm kementerian dulu
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:14 AM
sampai bila pun xkan selesai
Quote nisako 25-11-2024 08:23 AM
mcm mcm
Quote Thunderclouds 25-11-2024 09:06 AM
Bukan bro johari suruh rakyat mkn ubi kayu ganti beras?
Same thing katenye. Carbohydrate jgk.
Quote lostnfaun 25-11-2024 01:16 PM
Masa najib bkn main PH memekak kerajaan asik buat mcm² j/kuasa tp tak settle. Rupanya madani pun ulang skrip sama.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.042285 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top