CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Individu minta Shuib cari isteri lain, Watie mengucap panjang - “Aku nasihatkan tukar bini baru, cari yang lebih solehah"

26-11-2024 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37857| Komen: 33

 


Dituduh punca perubahan sikap pelawak Shuib, isterinya, Watie Hanifiah hanya terkedu dan mampu mengucap panjang mendengar dakwaan tersebut.

Watie atau nama asalnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, tidak melenting sebaliknya berdoa agar Allah memelihara hati setiap manusia.

“Dapat banyak mesej langsung (DM) pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy (panggilan Watie). Bila tengok mengucap panjang sahajalah yang mampu.

“Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.


Dalam masa sama, Watie sempat berkongsi petikan kata-kata sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Ali Abi Thalib: “Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika rang lain mengucapkannya kepadamu.”

Kenyataan tersebut diluahkan selepas seorang individu memuat naik video dalam TikTok meminta pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 40, mencari isteri baharu kerana Watie telah mengubah sikapnya.

“Aku nasihatkan tukar bini baru, cari yang lebih solehah.

“Ops, kau tak layak dapat yang solehah sebab kau pun 2×5 (sama),” ujar individu terbabit.

Berdasarkan pemerhatian Kosmo! Online, video tersebut sudah dipadam dalam aplikasi TikTok. 

Sumber: KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 26-11-2024 10:43 PM
Nerakazian pun hamboiiiii hamboiiiii choyyyyy mulutnya ye
Quote hokeypokey 27-11-2024 12:18 AM
yg tu jer yg sudi kt soeb.. ada yg lain sudi tapi lagi takde rupa dr si watie la
Quote anony-mous 27-11-2024 01:52 AM
Apo plak?? Soeb tu bkn soleh ko nk kenenkan dgn wanita solehah?? Padan la 2 ekor ni. Watie tu ok ape kurang2 ada jgk perubahan lps kahwin dgn soeb.
Quote bambimo 27-11-2024 02:00 AM
Apsal plak..depa mmg sekufu kot...padan berdua...Tuhan tu dh atur dah..yg pasti circle yg sama
Quote CurangLagi 27-11-2024 02:06 AM
Ingatkan Janna nickk tadi. Hihiii
Quote MadameOnion 27-11-2024 08:15 AM
benci la dengan dedua ni..ada peminat ke sampai tetiap hari ada cerita depa..geli..jijik
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:18 AM
biarlah dia nak kawen sape pun
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:18 AM
sapadan doh ni 2 ketul
Quote Burong_Hantuk 27-11-2024 08:31 AM
dislike...dislike kapel busuk ni
Quote apech 27-11-2024 08:46 AM
bodoh sama level.
Quote taji2906 27-11-2024 09:55 AM
makin menjadi2 nampak sombong dan tak pandai si soeb ni. dan makin ramai dari hilang minat bertukar kepada benci kat soeb. dulu2 zaman sepahtu ok lagi la nampak bodo2 alang je. sekarang, nahhhh
Quote AbukRokok 27-11-2024 11:04 AM
dia bukan sbb watie...tikus mmg dah setan sebelum tu
join setan kenalaH ikut setan khen
Quote selipar_hijau 27-11-2024 12:44 PM
Kenyataan tersebut diluahkan selepas seorang individu memuat naik video dalam TikTok meminta pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 40, mencari isteri baharu kerana Watie telah mengubah sikapnya.


“Aku nasihatkan tukar bini baru, cari yang lebih solehah.
masa dengan bini lama pun sama jeeee.. bnyak kes jugak ok netijen jgn buat2 lupa

Quote Safirania 27-11-2024 01:03 PM
Bior je le depe memang sekupu
Quote marchikobonzo 27-11-2024 01:28 PM
Takda mananya..eb tu dari dulu perangai macam tu kan? Dia sendiri bukak aib dia berjudi la, rempit la
Quote zuuu 27-11-2024 01:50 PM
Suh cari wanita yg lebih solehah untuk dijadikan isteri,si shuib tu lelaki yg soleh ke???xguna gak kalo wife solehah tapi suami tetap x berubah
Quote Madel 27-11-2024 01:55 PM
Sekufu la depa 2 orang ni
Sama2 tak soleh n solehah pun
Kalau Soeb ni soleh, dia tak main judi, tak aniaya pekerja2 dia
Quote BungaKencana 27-11-2024 01:56 PM
aku rs watie yg kne cari laki lain...
Quote MollyShannon 27-11-2024 02:18 PM
Madel replied at 27-11-2024 01:55 PM
Sekufu la depa 2 orang ni
Sama2 tak soleh n solehah pun
Kalau Soeb ni soleh, dia tak main judi, tak  ...

Se7 ????

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.128786 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top