Meraih pujian ramai termasuk ahli keluarga, pelakon Amir Ahnaf berbangga menonton lakonan sendiri dalam filem terbaharu Kahar: Kapla High Council yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November (Khamis) ini. Lebih membuatkan hati Amir tersentuh apabila ibu dan bapanya turut memuji lakonan hebatnya dalam filem yang merupakan prekuel bagi drama Projek: High Council yang berjaya meledakkan namanya tahun lalu. “Alhamdulillah, mama bangga kerana saya sudah melakukan terbaik selain turut menitiskan air mata ketika menonton filem tersebut. “Ayah pula ucap tahniah dan katanya ini paling terbaik. Saya sangat bangga dengan kemampuan diri sebab tak pernah merasakannya seumur hidup. “Rasa gembira sebab dapat membanggakan ibu bapa. Insya-Allah saya akan dapat banggakan industri seni Malaysia juga,” katanya kepada HibGlam usai majlis tayangan gala filem tersebut di sini, semalam.
Dalam masa sama, pemilik nama penuh Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin. 24, itu tidak berasa segan atau malu sekiranya filem tersebut ditonton oleh ahli keluarga kerana semua itu hanya sekadar lakonan semata-mata.
|
anilanil replied at 27-11-2024 08:23 AM
Adakah film Kahar: Kapla High Council bakalan meledak mengalahkan Mat Kilau?
Tahniah in advance dik ...
ADVERTISEMENT