CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Bukan pengikut saya pun’ – Daiyan Trisha dikecam berbaju jarang

26-11-2024 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38877| Komen: 37

 


Penampilan ketika menghadiri konsert Dua Lipa dikecam, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha memilih untuk menyekat akaun netizen yang disifatkan tidak bermanfaat.

Ujar Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, tindakan itu dilakukan kerana mereka bukan peminat sejati dalam Instagram sebaliknya hanya hadir untuk mencari kesalahan selain melemparkan kata nista.


“Kelakarlah. Yang meninggalkan komen negatif dekat hantaran terakhir saya bukannya pengikut saya pun!

“Kamu semua ke sini hanya untuk meninggalkan komen yang tidak diminta?

“Kamu semua tidak peduli tentang saya dan apa yang saya lakukan. Pelik betul. Sudah sekat!” katanya menerusi Instagram Story.

Kontroversi tercetus apabila pelantun lagu Penat itu memuat naik video memaparkan dirinya mengenakan pakaian yang dianggap terlampau seksi.

Pemilihan berbaju jarang diacu skirt pendek itu mencetuskan rasa kurang senang netizen yang menasihatinya supaya lebih menjaga adab berpakaian sebagai wanita Muslim.

“Ya Allah pakaian, awak tak malu ke pakai macam itu sebagai wanita muslim?,” komen seorang netizen.
“Tahulah minat Dua Lipa, tetapi janganlah ikut cara pemakaian dia. Dia bukan Islam, jadi bolehlah dia berpakaian seksi,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Walaupun dihujani kritikan, Daiyan dilihat enggan peduli selain tidak terkesan dengan komen negatif dilemparkan.

Sebaliknya, dia terus berinteraksi dengan peminat yang menyokongnya, sambil berkongsi rasa kecewa terhadap mentaliti segelintir netizen yang sibuk mencari kesalahan orang lain.

Sumber: KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 26-11-2024 10:58 PM
bior ler dia nk pakai cemana pun, muka cantik body cun pakai apa pun herlokk.. sibuk jer yg komen nk kaitkan pasal agama..
eh ko pegi komen kt pemimpin islam yg korup tu semua, ularmak2 yg sesat penunggang agama tu, tak pun royal2 islam yg duk tunggang arak tunggang betina tu ye.. dh daiyan ni retis nk suh pakai cam ninja ke??? pegi follow jahlop jer lah
Quote orkid_amani 26-11-2024 11:27 PM
Kelig aii kata Dualipa pun kepanasan nyah menari menyanyi.. rasanya masa tukaq baju no dua..mula2 elok pakai legging lepas tu hilang dah legging nya..
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:12 AM
pengikut siapakah
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:13 AM
delete la komen tu pun nak heboh satu malaya
Quote starcity 27-11-2024 08:15 AM
Dia ni cantik & ada bakat tp gitulah just biasa2 je dlm industri.
Quote anilanil 27-11-2024 08:27 AM
Edited by anilanil at 27-11-2024 08:36 AM

IMG_20241127_083312.jpg

Maybe mek daiya nak try ber fashion mcm mek amelia ni...
Yg tak complete cuma bouquet & edi asrap di sebelah.
Quote prince_marhaen 27-11-2024 09:37 AM
lain betul muka dah repair banyak ye... dah macam pompuan2 indon biasa kat tiktok jual bedak2 viral...
Quote Burong_Hantuk 27-11-2024 10:30 AM
lantak dia la
Quote babelina 27-11-2024 12:08 PM
makin kecik dia.. tp tu la.. aura star tu xde..
Quote selipar_hijau 27-11-2024 12:13 PM
anilanil replied at 27-11-2024 08:27 AM
Maybe mek daiya nak try ber fashion mcm mek amelia ni...
Yg tak complete cuma bouquet & edi asrap  ...

amelia ni pakai apa pun lawa dan menyerlah
dayan ni tak berapa nak memancar sangat aura tu
Quote missyL 27-11-2024 12:34 PM
Muka die nmpk lain rasenye sbb filter.
Tu jadi xknl
Quote rosewhite 27-11-2024 12:34 PM
hahaha teringat ada satu komen tu yg kata pakai baju macam ni selalu terlibat dalam aktiviti persundalan.
Quote Safirania 27-11-2024 01:04 PM
Tak lawa. Nextt
Quote apedehal 27-11-2024 01:12 PM
Terdedah je tp xnmpak seksi pun sbb mcm anak2 sekolah jur.. btw nnt nk kawin cari lelaki baik yg beragama..tu yg pulun berdozahh dlu kut
Quote miss_perfect 27-11-2024 01:17 PM
Betul ke gosip dia buat hidung dulu tu? Macam tak nampak reno pun muka dia.
Quote kaedahnya 27-11-2024 01:59 PM
aku rasa dulu poziah latip ada pernah pakai baju nak macam ni sebab dia tiru halle berry
Quote Aribaariba 27-11-2024 02:10 PM
miss_perfect replied at 27-11-2024 01:17 PM
Betul ke gosip dia buat hidung dulu tu? Macam tak nampak reno pun muka dia.

Aku terjpa gamba asal dia. Jauh bertiang
Quote Aribaariba 27-11-2024 02:14 PM
missyL replied at 27-11-2024 12:34 PM
Muka die nmpk lain rasenye sbb filter.
Tu jadi xknl

Ada kat 'gempak' camtu. Muka n hidung asal.
Quote HelgaPataki 27-11-2024 02:37 PM
Ngape nmpk lain sikit mukanya dlm video Dua Lipa tu?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.140241 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top