Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Ayden Adrean yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun 1, baru-baru ini. Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, memberitahu subjek Pendidikan Islam mendapat markah 94 peratus iaitu markah paling tertinggi berbanding mata pelajaran lain. Dalam perkongsian itu, dapat dilihat reaksi gembira wajah Ayden ketika menunjukkan keputusan peperiksaan tersebut kepada ibunya. Susulan itu, Bella berharap anaknya itu terus mengukir lebih banyak kejayaan dan menjadi seorang lelaki yang mempunyai akhlak baik.
“Proud of my sayang, Ayden. The highest is Pendidikan Islam. “Semoga terus belajar rajin-rajin dan menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya, insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Insta-story. Sekadar info, Ayden Adrean merupakan anak pertama Bella Astillah dengan Aliff Aziz. Mereka juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Ara Adreanna, 4. Walau bagaimanapun, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu buat kali ke-2 pada 13 Jun 2024 selepas terpalit dalam beberapa kontroversi melibatkan rumah tangga mereka. Sumber: Oh My Media |
LadyCarefree replied at 30-11-2024 01:03 AM
laaaa matching2 kan gitu je? Itupun yg first dia xjawab.
youell replied at 30-11-2024 09:44 AM
Kalau kak KM ni, dah hadiahkan kete mini gamaknya.. Hahaha
dewi_rina replied at 29-11-2024 04:46 PM
Sekolah agama ke? Ke kat sekolah cina, mcm kalau kita kat sekolah kebangsaan bangsa lain masuk kelas ...
SalenaGomez replied at 3-12-2024 01:11 PM
Yang first tu contoh. Cer tgk balik ada tulis paling kiri atas
brainbiru replied at 3-12-2024 12:54 PM
Tapi kelaku pakcik kau yakni adik mak kau yg x segan2 guna surname "astillah" jugak tu, yg live dgn ...
LadyCarefree replied at 3-12-2024 04:14 PM
Apa? Dak kecik yg suka jelir lidah dan minta gift tu cakap bapaknya jahat?
ADVERTISEMENT