CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Houseboat RM1.2 juta terkenal di negeri Kelantan hanyut jumpa di Kuala Besar

28-11-2024 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16904| Komen: 28

 


PETALING JAYA – Restoran terapung terkenal di negeri Kelantan, JL Fara Houseboat yang dikatakan mencecah harga RM1.2 juta hanyut di Sungai Kelantan, susulan hujan lebat dan arus deras sehingga menyebabkan banjir melanda Pantai Timur.

Menerusi hantaran video pada TikTok pemilik restoran tersebut Fara JL, restoran yang hanyut itu telah ditemui, namun terdapat kerosakan teruk terutama di bahagian dapur selepas ditimpa oleh pokok besar.

“Hati luluh ya Allah, semalam JL Fara Houseboat baru sahaja ditimpa pokok besar sehingga hancur dapur. Hari ini kedua-dua houseboat Kak Fara hanyut, personal dan restoran.

“Houseboat ini antara saksi kejayaan Kak Fara di mana sebelum adanya nasi berlauk JL Fara. Dengan nilai houseboat hampir cecah RM1.2 juta,” katanya pada video yang dimuat naik hari ini.

Wanita itu menceritakan, kejadian bermula susulan hujan lebat dan seterusnya berlaku pokok tumbang.



“Semalam kami tak tidur sehingga subuh, sebab rakit hampir tenggelam akibat pokok jatuh. Hari ini air sungai dah naik dan laut. JL Fara Houseboat tak dapat bertahan.

“Sayang kuat, sama-sama kuat. Suami Kak Fara tak tidur hampir tiga malam. Daddy kuat, mummy pun kuat,” katanya.


Dalam pada itu, dia turut bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu pencarian restoran terapung mereka yang hanyut di sungai.

“Terima kasih yang mendoakan, terima kasih yang sanggup menolong kami, ada yang naik sampan, yang naik bot bersama anak. Ya Allah terima kasih yang tak terhingga.

“Syukur kepadamu Ya Allah, kedua-dua rakit dapat diselamatkan setakat ini, tapi hujan masih lebat dan air sungai laju. Harap houseboat Fara dapat bertahan,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 28-11-2024 02:25 PM
Allahu, dah boleh predict kan benda benda ni..tapi tetaplah amik risiko
Quote sfrnna 28-11-2024 04:18 PM
1.2 juta macam tu....
Quote selipar_hijau 28-11-2024 04:26 PM
aku dok imagine houseboat ni yg jenis besar bertingkat sbb kata 1.2j
semoga semua bertabah hadapi dugaan
Quote shamsadis 28-11-2024 04:38 PM
agaknya duit tak berkat tu, semoga semuanya dipermudahkan dan kuatkan usaha jangan patah semangat...
Quote ultra78 28-11-2024 04:41 PM
Sekali tengok screenshot tu nampak mcm reban pun ada...maaf...
Quote Decaffeinated 28-11-2024 06:23 PM
1.2 juta Baht ka?
Quote edayildiz 28-11-2024 06:26 PM
pernah tgk cust mkn mkn atas tu sblm kejadian..mmg meriah..
tp kn bln 12 mmg dh blh agak kn banjir setiap thn kt sana...
btw. kak  i balik kelantan nk g mkn ns berlauk sheols..dah ckp kt ayah i aritu nnti weols nk g mkn situ sbb terliur menu daging berlengas
Quote Skuau 28-11-2024 06:39 PM
Sekali terbangun..ko kt tengah laut tak nmpk daratan..lg la ngeri....
Quote Belibis 28-11-2024 06:41 PM
Edited by Belibis at 28-11-2024 06:43 PM
sfrnna replied at 28-11-2024 04:18 PM
1.2 juta macam tu....


Sembang  tokey kosmetik...
Quote jfq 28-11-2024 07:52 PM
Agak2 ada insurance tak. And if so company mana nak insure this type of structure/business
Quote kepompong 28-11-2024 08:35 PM
jfq replied at 28-11-2024 07:52 PM
Agak2 ada insurance tak. And if so company mana nak insure this type of structure/business

takde kot.

Kalau ada pun... bencana alam tak cover.. pokok tumbang lagi la tak cover
Quote akies 28-11-2024 10:45 PM
risiko buat kedai terapung dkt laut atau tebing sungai.
Quote MissVixen 28-11-2024 11:21 PM
Ini tokey kosmetik ke? Tokey timbang kilo ni semua cerita nak gempak2, nak lebat2. Apo houseboat rupa pondok tunggu buah durian harga rm1.2juta? Campur peralatan dapur ke? Tapi kalau ummah ssjkp ni beli dekat siam, murah je.
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:20 AM
ikat dgn tali ropia ke
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:20 AM
bukan rezeki dia
Quote batmana 29-11-2024 10:58 AM
Rm1.2 juta ...design buruk cm rumah kongsi aja..merepek sungguh.
Quote Nnasda53 29-11-2024 11:03 AM
Moga baik2 sahaja.
Quote bitterchoc 29-11-2024 11:15 AM
ultra78 replied at 28-11-2024 03:41 AM
Sekali tengok screenshot tu nampak mcm reban pun ada...maaf...



Eh hehehe
Quote drivethru 29-11-2024 02:24 PM
Aku tak pernah makan kat sini.  Tapi pernah menginap hotel depan sungai ni. Restoran houseboat dia mmg lawa.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.208908 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top