CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Dakwa Anak Meninggal Dunia Akibat Didera Ketika Jalani Latihan Palapes UiTM

28-11-2024 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15278| Komen: 10

Pelatih Palapes UiTM berusia 25 tahun itu didakwa dibiarkan pengsan di bawah terik matahari dalam tempoh sekitar 30 minit sebelum rakan mangsa datang memberi bantuan. (Gambar hiasan)



Kes buli melibatkan pelajar universiti semakin membimbangkan apabila ada sahaja laporan yang diterima berhubung perkara itu. Lebih menggusarkan apabila ada mangsa yang dilaporkan maut akibat kecederaan yang dialami.

Terbaharu, satu lagi kes dilaporkan berlaku membabitkan seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UiTM bernama Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi yang meninggal dunia pada 13 November lalu.

Kematian pemuda ini didakwa berlaku selepas menjalani sesi latihan dan bapa pelatih, Muhammad Zaidi Abdul Rahman terbabit mendakwa anaknya telah didera secara fizikal.

Memetik laporan Malaysiakini, bapa mangsa ketika memberi kenyataan kepada pihak polis berkata bahawa anaknya berdepan pelbagai bentuk penderaan termasuklah dipijak di bahagian dada serta dipaksa untuk menjadi ‘kuda’ untuk ditunggang oleh jurulatihnya.


Bukan itu sahaja, mangsa juga dikatakan telah diminta untuk melompat seperti kangaru.

Lebih parah lagi, dia mendakwa anaknya yang berusia 25 tahun itu dibiarkan dalam keadaan pengsan di bawah terik matahari dalam tempoh sekitar 30 minit tanpa sebarang pertolongan diberikan sebelum rakan mangsa datang memberi bantuan.

Selepas apa yang berlaku, jurulatih terlibat kemudiannya bertindak untuk membawa mangsa ke hospital namun ia dikatakan sudah terlambat.

“Tetapi telah terlambat dan anak saya tidak sedarkan diri. Kemudian jurulatih itu mengambil tindakan untuk membawa anak saya ke hospital menggunakan kereta beliau.

“Jurulatih itu tidak menelefon ambulans ataupun membawa anak saya ke pusat perubatan di UiTM yang lebih dekat berbanding Hospital Shah Alam,” kata bapa mangsa dalam laporan tersebut dipetik Malaysiakini.

Keadaan menjadi lebih mengeruhkan apabila jurulatih itu tidak memaklumkan perkara berkenaan kepada ahli keluarga mangsa sebaliknya mereka hanya mengetahui perkara tersebut sekitar jam 9 malam selepas dihubungi oleh pihak hospital bagi mendapatkan kebenaran untuk memberi bantuan pernafasan kepada mangsa.

“Sekiranya tidak dimaklumkan pihak hospital, kami sekeluarga langsung tidak tahu isu ini,” katanya lagi.

Menurut Zaidi, segala perkara yang berlaku kepada anaknya itu mula terbongkar selepas ianya diceritakan oleh rakan kepada Amir Rusyaidi usai pengebumian arwah di Banting, Selangor.

Susulan itu, Zaidi mahu satu siasatan menyeluruh dilaksanakan bagi menyelesaikan kes ini kerana percaya bahawa berlakunya kecuaian serta kekasaran melampau yang dilakukan oleh jurulatih terbabit.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan bahawa kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sementara itu, Timbalan Komandan Palapes UiTM Ariff Md Ab Malik pula menggesa agar siasatan rapi dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum mengambil sebarang tindakan tatatertib jurulatih itu.

Sumber : Malaysiakini, Buzzkini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 28-11-2024 09:06 AM
tapi ni kes jurulatih (Anggota ATM regular) pulak yang buli... senang sikit nak fight...
Quote nazurah 28-11-2024 09:26 AM
umur 25 tahun kalau kena buli depan orang ramai, in this case dia dipaksa buat macam2 dengan keadaan dia yang dah tak larat, sepatutnya dia boleh speak up kan?

"saya nak pengsan"
"saya rasa nak mati dah"

Tak boleh ke?

Iols dulu masa sekolah rendah time berkawad tu jerit jek... cikgu saya nak pengsan!
Quote Decaffeinated 28-11-2024 02:03 PM
Orang Malaysia sendiri dah tak tahan dengan cuaca di Malaysia. Buruh kontrak sahajalah remaining species yang boleh ko suruh berjemur tengah panas, ummah lokal akan mati.
Quote AbukRokok 28-11-2024 04:10 PM
pulis kata sbb strok haba pulisssss
Quote bpbbppbp 28-11-2024 06:12 PM
30 minit baru nak bgi rawatan. Boleh jadi dinafikan hak rawatan nii. Dahlah sbelum tu kena dera jadi kuda. Silap2 jadi kes bnuh mcm india tldm tu, seminggu masuk latihan mati trus. sbb dinafikan hak rawatan jugak jadi kes bunuh. Sma ada tanpa niat or dgn niat je. Harap lawyers for Liberty bantu family mangsa dlm kes ni
Quote kakikuDibibirmu 28-11-2024 08:49 PM
Masa ni lah hujan lebat masa ni jugaklah dia nak strok haba
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:10 AM
takziah
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:11 AM
geram pulak aku lps baca
Quote batmana 29-11-2024 11:08 AM
nazurah replied at 28-11-2024 09:26 AM
umur 25 tahun kalau kena buli depan orang ramai, in this case dia dipaksa buat macam2 dengan keadaan ...

Pada akula..

Training atau buli..bunuh pemikiran yg melawan camtu .

Mendidik diri rela dicucuk hidung
Menjadikan pembuli dlm hirekari atas dari diri sendiri

Tu yg masalah..rata2 mangsa xnk melawan


Quote Cassieopeia 29-11-2024 11:26 AM
kesiannya, jurulatih tu pun agak2 la nk raging time trainning ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.033017 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top