PETALING JAYA – Seekor kucing ‘oyen’ yang terperangkap dalam banjir di Kelantan berjaya diselamatkan oleh sukarelawan. Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh Adam, kucing itu dilihat sedang berpaut sedaya upaya pada tingkap sebuah rumah yang dinaiki air paras tingkap tersebut. Lebih menyayat hati, kucing berwarna oren itu dilihat menggeletar kerana ketakutan dan mukanya begitu sayu, berharap ada yang menyelamatkannya. Bot yang dinaiki beberapa sukarelawan itu bergerak ke arahnya dan salah seorang dari mereka bertindak pantas memegang kedua belah kaki kucing itu untuk mengeluarkannnya dari rumah tersebut. Hantaran ini telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial yang turut bersimpati ke atas keadaan kucing tersebut yang terperangkap dalam keadaan banjir. “Tolong lah ambil dia. Kesian dia. Janganlah biarkan di situ,” tulis Sazlin dengan sebak.
“Kesian dia. Dah berapa lama tergantung dekat situ. Entah-entah dah dua tiga hari,” ujar Selalu yang turut bersimpati. “Nampak sedih sangat muka ‘oyen’ tu. Mesti dia berharap sangat ada orang tolong dia. Nasib lah, kalian tolong. Kalau tak, mesti kesejukkan dan kelaparan dia dekat situ,” kata Ema. Orang ramai dinasihati untuk tidak meninggalkan haiwan peliharaan masing-masing tanpa pengawasan di musim banjir ini kerana mereka juga bernyawa dan berharga. SUMBER : KOSMO |
SecretLuv replied at 29-11-2024 07:08 AM
Kesiannya.. Mesti kelaparan dan kesejukan.. Tuan rumah sanggup ya tinggalkan kucing selamatkan diri ...
zehra2 replied at 29-11-2024 11:13 AM
masa banjir besar kat kontan tahun bila aritu.. lori veterinar dtg angkut 65 meow kawanku.
jiran2 dt ...
edayildiz replied at 29-11-2024 05:43 PM
oyen ni kan chuols.@bakingsoda
wikedsaikel replied at 29-11-2024 02:37 AM
Munkin Oyen tidak berjaya dijumpai masa tu. Munkin ini Oyen tah mana datang tah. Huhu #husnuz0nnn ...
ADVERTISEMENT