CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca buruk, penumpang kongsi detik cemas pesawat ke Kota Bharu patah balik ke KLIA

29-11-2024 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 53167| Komen: 13

 


PETALING JAYA – Seorang penumpang pesawat berkongsi detik cemas dihadapinya bersama anak kapal yang lain apabila penerbangan mereka terpaksa berpatah balik dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Ia berikutan cuaca yang buruk apabila berlakunya hujan lebat serta angin kencang sehingga menyukarkan pesawat untuk mendarat, malam tadi.

Berkongsi cerita, pengguna TikTok @afnan_mz berkata, ketika kejadian pesawat sudah tiba di LTSIP namun hanya sekadar ‘on-ground’ sebelum bertindak untuk berpatah balik ke KLIA.

“Kali pertama dalam hidup, Alhamdulillah umur masih panjang. Mengucap panjang jugalah,” katanya di ruangan kapsyen.


Di ruangan komen perkongsian tersebut, seorang pengguna memberitahu dia turut berada dalam pesawat terbabit dan telah berlepas semula ke LTSIP pada pukul 6.45 pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, semua daerah di Kelantan dan Terengganu berdepan cuaca buruk dengan jangkaan hujan sangat lebat sepanjang hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di dua negeri tersebut selain turut melibatkan daerah Jerantut dan Kuantan di Pahang. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 29-11-2024 05:57 PM
Jadilah sis, buek ghaso2
Quote syamzana 29-11-2024 06:53 PM
makneng replied at 29-11-2024 05:57 PM
Jadilah sis, buek ghaso2

ahahaha kejiss
Quote makneng 29-11-2024 07:53 PM
Nok wak guano atc buke suko2 dop wi landing. Landing etek takut terbabas…hukalohhhh
Quote kakikuDibibirmu 29-11-2024 07:56 PM
Terbabas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa

Quote ninja boy 29-11-2024 08:40 PM
Bukan ka hujan tahap merah sana lagi mau terbang, dpt jalan2 2 hala
Quote akies 29-11-2024 09:29 PM
banjir teruk kt sana. Baik duk atau menumpang mana2 dulu.
Quote sambaldurian 30-11-2024 02:10 AM
Ni mcm dh pakej time covid2 dulu ( x pasti betul ke khabar angin) , yg pakej naik airline to nowhere. Buat ghaso2 naik pesawat tp x mendarat.
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:27 AM
hujan lebat tu
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:27 AM
angin pun kuat
Quote mawardia 30-11-2024 01:33 PM
Balik la rumah kelumpo
Quote Skuau 30-11-2024 04:12 PM
aavakateimani replied at 30-11-2024 06:27 AM
angin pun kuat

tiba tiba........
Quote GincuPurple 1-12-2024 10:05 AM
Kualiti wartawan tulis berita makin teruk eh? Macam sampah. 'Berpatah balik DARI'?  Patah balik kena guna KE, bongok!

Penerbangan DARI Kota Bharu KE Kuala Lumpur  terpaksa berpatah balik KE Kota Bharu.
Quote kelana36 1-12-2024 10:13 AM
GincuPurple replied at 1-12-2024 06:05 AM
Kualiti wartawan tulis berita makin teruk eh? Macam sampah. 'Berpatah balik DARI'?  Patah balik kena ...

Detik cemas tu pun, haha over sangat lah. Cemas tang mananya, itu procedure biasa sebenarnya.. bila tak boleh mendarat sebab cuaca, naik balik..  

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.086532 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top