Baru-baru ini, seorang lelaki di Singapura bernama Balasubramanian Chithambaram dinobatkan sebagai pemenang bagi cabutan bertuah dan membawa pulang wang bernilai RM4.3 juta (SGD1.3 juta). Kemenangan itu diperolehi selepas membelikan rantai emas berharga RM19,859.74 (SGD6,000) untuk isterinya tiga bulan lalu. Pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah kedai perhiasan, Mustafa Jewellery itu dikatakan mengadakan aktiviti tersebut setiap bulan sejak 14 bulan lalu. Kebiasaanya, setiap pemenang bertuah pada setiap bulan akan memperolehi RM22,292.48 (SGD6,734). Namun bagi penganjuran pada kali ini, perniagaan tersebut telah mengadakan ‘Million Dollar Grand Draw’ pada 24 November lalu di mana mereka yang bertuah akan memenangi wang RM43 juta (SGD1.3 juta). Perkara ini turut dikongsikan oleh premis itu sendiri di laman Facebook mereka.
Loading FB Post... Memetik laporan Mothership, Chithambaram yang merupakan seorang jurutera projek dalam pembinaan awam meluahkan rasa terharu dengan rezeki yang melimpahinya. Malah, individu yang telah bekerja di Singapura selama 21 tahun itu juga menitiskan air mata ketika mendengar berita tersebut. Chithambaram turut dilihat muncul dalam paparan video yang ditayangkan ketika majlis tersebut berlangsung. Lebih menyentuh hati lagi apabila lelaki berkenaan memberitahu bahawa tarikh berkenaan merupakan hari di mana genap empat tahun kematian ayahnya. Dengan wang tersebut, dia juga bercadang untuk membelanjakan sebahagian daripadanya untuk bersedekah kepada masyarakat sebagai tanda penghargaan selepas bertahun-tahun bekerja di Singapura. SUMBER: Mothership, BUZZKINI |
Namun bagi penganjuran pada kali ini, perniagaan tersebut telah mengadakan ‘Million Dollar Grand Draw’ pada 24 November lalu di mana mereka yang bertuah akan memenangi wang RM43 juta (SGD1.3 juta).
aavakateimani replied at 30-11-2024 12:02 PM
tuah isteri
aavakateimani replied at 30-11-2024 12:02 PM
tuah isteri