CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Mengharap Pada Manusia” – Elfira Loy Mahu Fokus Kejar Akhirat

2-12-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13390| Komen: 26

 


Baru-baru ini perkongsian pelakon Elfira Loy yang memuat naik mengenai ujian dalam kehidupan mengundang rasa bimbang di kalangan netizen termasuk rakan artis.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran Elfira menjelaskan dia dalam keadaan yang baik serta meminta rakan-rakan tidak perlu bimbang.

Menurut Elfira lagi, dia hanya terkesan dengan program agama yang disertainya, baru-baru ini dan segala persoalan dalam fikirannya terjawab.

“Jangan risau tau kawan-kawan, saya baik-baik sahaja. Cuma memang terkesan dengan event haritu, saya datang ke event tersebut dengan penuh pertanyaan..siap dah ready nak tanya ustaz.

“Tapi alhamdulilah, dengan jawapan yang ringkas daripada ustaz semua persoalan saya terjawab dan saya sebak je. Saya sebak sebab saya rasa lega sangat tak payah fikir dah dengan ujian-ujian tu,” katanya.

Sementara itu, Elfira berkata dia mahu memberi fokus dengan akhirat serta enggan berharap pada manusia.


“Saya hanya perlu bersabar dan jangan berharap pada manusia. Semua ni kejap je. Saya nak fokus nak jalani perjalanan bila dah mati nanti, itu yang buat saya takut,” tulisnya.

SUMBER: Ohmymedia, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 2-12-2024 09:20 AM
bagus laa
Quote zuriey 2-12-2024 12:59 PM
Ada bau2...
Quote lilacomot 2-12-2024 01:06 PM
tiber je
Quote akies 2-12-2024 01:07 PM
Ujian hidup kenapa tu?
Quote dua_chzy 2-12-2024 01:10 PM
zuriey replied at 2-12-2024 04:59 AM
Ada bau2...

Sah.

Tapi dia ni memang macam dah lama hada bau2.
Quote LadyCarefree 2-12-2024 02:01 PM
Dahtu hidup untuk mati?
Dahtu kau pun mengharap laki kau kan? Kau bukannya kerja. Kalau kerja pun masih ada bab2 yg mengharapkan laki kau. Contohnya ngeseks. Eh banyak lagi lah bab2 kena mengharap kat orang. Sampah rumah kau pun mengharap orang sampah kutip. LOLLL
Quote hokeypokey 2-12-2024 02:54 PM
laki kau kena sondol kerrrr?????
Quote pocongkiutss 2-12-2024 02:56 PM
dua_chzy replied at 2-12-2024 01:10 PM
Sah.

Tapi dia ni memang macam dah lama hada bau2.

Contoh perbuatan dia yg nmpk mcm bau2 tu ticer ?
Quote dua_chzy 2-12-2024 05:17 PM
pocongkiutss replied at 2-12-2024 06:56 AM
Contoh perbuatan dia yg nmpk mcm bau2 tu ticer ?

Takda contoh haha. Tapi dia kan nampak macam tak berapa stabil dalam berumahtangga. Tah apsal meols tefikir gitu.
Quote Hoola 2-12-2024 05:21 PM
netijem tanya Ikan dah bole siang ?
Quote amyfaha 2-12-2024 05:34 PM
Dia ni makin kuat bunyiiiikkk skrg... Mcm ada bau2.  Meol Aritu nmpk dia ngan laki dia tgk mcm dia sorang2 yg jaga ank2. Laki dia pula act like bujang2 duk jauh2,anak2 bergayut kiri kanan ngan el. Laki dia baby face,hansome yakkkkmattt.
Quote doubleA 2-12-2024 07:31 PM
Pergi haji pun sorang2, pernah merempan penat jaga anak sakit, anak sulung macam adik, hangout chill2 pun dgn kwn2. Bau ikan berantakan? Fishy sgt ayat hajjah elbulu
Quote sharlenetexas 2-12-2024 07:33 PM
Ada pokok bergoyang?
Nama lagi bod gosip.
Tempat untuk bergosip.

Quote Sailormoon17 2-12-2024 07:39 PM
Teringt supian disingkir sbb tk hafal surh almulk... Cenggittuuuu
Quote kookiechip 2-12-2024 08:41 PM
Dia ni lah punca i register account dkt forum
Quote Naneyra 2-12-2024 08:47 PM
Edited by Naneyra at 3-12-2024 05:19 PM

[quote]dua_chzy replied at 2-12-2024 05:17 PM
——-
Quote Aribaariba 2-12-2024 09:14 PM
Sebelum fokus akhirat setelah menua, beranak dan dah x bergaya, kita pilih2 lelaki kaya utk buat suami, berlagho dan membazir utk majlis kawen. THennnn.....baru kita fikir akhirat, x gitu dak el?
Quote bankerpencen 2-12-2024 09:54 PM
Dah tak relevan pun dia ni.
Quote mrsLucky 2-12-2024 10:14 PM
bankerpencen replied at 2-12-2024 09:54 PM
Dah tak relevan pun dia ni.

i pon pikir begitu...bila last dia berlakon?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035911 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top