CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Awak singgah sekejap dalam perut mommy’ – Amyra Rosli keguguran anak ketiga

2-12-2024 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17673| Komen: 12

 


Pelakon popular, Amyra Rosli mendedahkan dia mengalami keguguran anak ketiganya.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, berkongsi berita duka itu menerusi sebuah hantaran dalam akaun Instagram.

“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy. Lepas tu awak pergi. Comel la awak ni. Tak ada rezeki. Tak apa kita fokus shooting dulu,” tulisnya di bahagian kapsyen sebuah entri.

Pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu turut berkongsi foto alat ujian kehamilan yang mempamerkan keputusan dia sedang hamil.

Suami kepada Amyra iaitu Amar Baharin dilihat turut meninggalkan kata-kata semangat buat isterinya yang tercinta.

“Allah sebaik-baik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya. Percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah. Insya-Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong mommy,” tulisnya.


Amyra dan Amar sebelum ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7 dan Aura Aryssa, 4.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 2-12-2024 03:45 PM
Takziah...belum rezeki kalini
Quote hokeypokey 2-12-2024 04:26 PM
takziah amyra.. tapi takpe lah dh ada sepasang dah..
Quote suri33 2-12-2024 10:27 PM
Awat la tgk muka amyra ni selalu cam sedih je. Tak sama macam dlu2.
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:17 AM
takziah
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:18 AM
muda lagi byk lg peluang
Quote Shayang 3-12-2024 08:25 AM
Takziah, semoga ada rejeki lagi
Dia ni mekap simple lawa je
Jgn mekap tebal2 yaa sbb jd pelik
Muka dia dh sedia cantik mekap tebal hanya buat muka yg dh sedia helok jd tak helok.
Quote strawberrymerah 3-12-2024 08:27 AM
Amyra ni cantik betul dlm nona
Quote Joysparta 3-12-2024 11:13 AM
Bagi berisi sikit badan mesti lagi cantik.

Muka dia sedih je lps kawen
Quote pauliza 3-12-2024 11:30 AM
Pernah jumpa dia kat luar ,cantik je  tapi tak tinggi sangat mcm dlm gambar .Iols ingat dia tinggi level2 model tapi lebih kurang iols 162cm mcm tu.Tapi kurus giler
Quote immortallez 3-12-2024 02:27 PM
Dia macam terlalu obses nak kurus. Dulu tak sekurus sekarang. Mungkin sebab jadi Pengacara Nona? Amyra antara pelakon perempuan yang memang cantik semulajadi
Quote delsmomm 3-12-2024 03:09 PM
betul la..setuju dgn poromer lain..kalau xkurus sgt, mesti lg cantik..dia mcm kurus sgt skrg ni.. mcm dah tggl kulit & tulang.. kesian dia..
Quote virgocircus 3-12-2024 03:25 PM
Dia ni dulu masa free hair lawo giler....skang pun maintain je. Muka dia tu mmg redup je. Sedap mata memandang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.039189 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top