CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

GV11: ‘Nyanyi lagu sendiri, saya potong 10 markah’ – Tok Ram

2-12-2024 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36306| Komen: 23

 


Ketua juri Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Datuk Ramli MS atau Tokram menolak 10 markah untuk setiap peserta yang menyanyikan lagu sendiri.

Pada konsert minggu kedua, tujuh daripada 14 peserta yang bertanding menyanyikan lagu sendiri termasuklah Ning Baizura, The Lima, Nai Dinamik, Yazid Lovehunters, Ronnie Hussein, Inka Christie dan Reshmonu.

Menurut Tokram, alasan dia memotong sebanyak 10 markah adalah kerana ketidakadilan buat perserta yang perlu menyanyikan lagu penyanyi lain.

“Kalau ikutkan persembahan, Ning menyanyi dengan bagus malam ini (semalam). Tetapi disebabkan dia menyanyi lagu sendiri, saya terpaksa potong markah.

“Peserta lain perlu buat banyak ulangkaji untuk menyanyikan lagu orang lain. Mereka perlu hafal lirik dan melodi. Kalau menyanyi lagu sendiri, mereka sudah mahir.

“Biarpun ada yang menyanyikan lagu sendiri, tetapi tetap tak dapat buat persembahan dengan baik seperti Ronnie Hussein yang mendapat kedudukan dua terbawah,” katanya kepada Kosmo Online.


 

Maestro muzik itu juga menyarankan agar peserta tidak lagi memilih untuk menyanyikan lagu sendiri kerana tindakan itu akan membuatkan markah mereka dipotong dan akan merisikokan kedudukan mereka di dalam GV11.

“Minggu hadapan pasti ada penyingkiran. Biarpun peserta yang mendapat kedudukan Top 5 boleh menukar lagu mereka, tetapi saya sarankan agar mereka tidak berbuat demikian,” ujarnya.

Pada konsert minggu kedua, Liza Aziz sekali lagi muncul sebagai juara mingguan selepas berjaya memukau juri dengan persembahan mantapnya. Arrora Salwa pula menjadi peserta yang mendapat markah tercorot. Namun, dia terselamat kerana tiada penyingkiran. 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 2-12-2024 04:13 PM
Ntah hape2 lagu tu dipilih dan diberikan oleh production pesal lak nak potong markah? bukan dia ada pilihan.lain la utk minggu ni dia xnak lagu sejati...dia nak nyanyi lagu sendiri.adil la nak potong markah pun
Quote Aishwarya1707 2-12-2024 04:37 PM
Aku x pecaya peserta yg nyanyi lagu sendiri kena potong 10 markah... arora salwa tu nyanyi lagu org markah paling corot jgk..
Quote September14 2-12-2024 04:58 PM
Dia ni bnyk x rasional… ko dah tau ptndingan production yg pilihkan lagu nk potong markah buat apa.. lain la last minit dia p tukar lagu sdri itu jam ko nak singkirkan terus pun xpe.
Quote luc 2-12-2024 05:01 PM
Zaman sekarang tak perlu hafal lirik pun.. tengok je monitor tu. Liza Aziz memanjang tengok monitor sepanjang nyanyian sheols.

Production kasi lagu, so production sengaja nak perdajalkan Ning kah?
Quote fadz84 2-12-2024 05:40 PM
luc replied at 2-12-2024 05:01 PM
Zaman sekarang tak perlu hafal lirik pun.. tengok je monitor tu. Liza Aziz memanjang tengok monitor  ...

Haah perasan jgk kak Liza Aziz pandang kat monitor utk lagu pertama tu.. masa lagu kedua baru nmpak dia loose sket..
Quote blekkep 2-12-2024 07:31 PM
September14 replied at 2-12-2024 04:58 PM
Dia ni bnyk x rasional… ko dah tau ptndingan production yg pilihkan lagu nk potong markah buat apa. ...

x silap aiols bkn production yg pilih pun..sblum start program lg peserta dh kasik list lagu ape yg depa nak nyanyi..yg x rasional kt sini bile heols ckp retis yg nyanyi bkn lagu sndiri kena struggle hapal lirik hapal melodi bagai...pdhal retis2 tu sndirik yg pilih lagu tu..choii
Quote ekselen 2-12-2024 08:04 PM
baidewei..deols mmg pilih lagu sendiri kah atau pihak produksi yg bg lagu? konpius dah sbb selama ni rasanya lagu dipilih astro kan? kecuali kalo ada wishlist..
Quote Pujangga22 2-12-2024 09:03 PM
lagu2 ni dlm wishlist dorg rasanya
Quote sleepandream 2-12-2024 10:30 PM
dorg ada submit la lagu pilihan masing2... iols tengok interbiu dina dekat youtube sinarfm... yg iols faham dorg submit tu one off...

apapun lantakler berdentam dentum masing2 sokong penyanyi pujaan nanti dah habis GV penyanyi yg disokongpun terselam dilautan dalam jah ujong2... fanclub 10 minggu jah lepastu bubar dah.. takde benda nak gaduh lagi... lol
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:02 AM
lg sedap jugak
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:03 AM
ning ok la
Quote marchikobonzo 3-12-2024 10:09 AM
Aishwarya1707 replied at 2-12-2024 08:37 AM
Aku x pecaya peserta yg nyanyi lagu sendiri kena potong 10 markah... arora salwa tu nyanyi lagu org  ...

Arora tu nyanyi memang xsedap, even nyanyi lagu orang pun..tu yg corot..
Quote prince_marhaen 3-12-2024 10:59 AM
Diorang awal2 dah submit lagu yang diorang nak sampai minggu akhir, ada semua genre & jenis lagu.... cuma diorang tak tahu minggu seterusnya lagu apa yang production susun ikut tema mingguan. So actually semua dah bersedia dah pun. Yang lagu2 surprise kekadang je production letak kalau lagu yang diorang dah request tak ikut tema / tak popular langsung... production perlukan drama guyssss....
Quote red_velvet 3-12-2024 11:06 AM
Open secret lagu2 tu peserta dah pilih siap2.. Cuma production akan pick mengikut kesesuaian tema... Yang piilh lagu sendiri ni takkan tak tau yg setiap tahun tokram akan jelaskan peserta nyanyi lagu sendiri dia akan potong markah.. Kenapa nak juga pilih lagu sendiri.. Except first week lah kan...
Quote cikuduku 3-12-2024 11:36 AM
blekkep replied at 2-12-2024 07:31 PM
x silap aiols bkn production yg pilih pun..sblum start program lg peserta dh kasik list lagu ape y ...

betul. penyanyi yg pilih sendiri. wish list lagu apa pun diaorg dah bg. cuma production akan advise based on tema minggu tu or so on. tu pun masih ada yg merempan acah2 bukan lagu pilihan.
Quote KamikuP 3-12-2024 01:23 PM
Habistu, dulu acik Nora dapat lagu dangdut pastu takank nyanyi dan tukar lagu tu peciter? bukan poduksi yg bagi lagu kah?? ekekekekek
Quote Burong_Hantuk 3-12-2024 03:53 PM
ning???? Dislike dislike
Quote auza_chiyoko 4-12-2024 08:33 AM
emm maknanya klu diorg dh list awai2 lagu yg dorg nak...time yg nk panggil bg tugasan lagu bg yg trselamat, bila lagu tu keluar kt skrin msti la retis tu dh tau dia trselamat n akan dipanggil untk ke side sebelah sana (bersama retis2 yg selamat)....kan...
Quote sukanyanyi 4-12-2024 08:41 AM
alesandra replied at 2-12-2024 04:13 PM
Ntah hape2 lagu tu dipilih dan diberikan oleh production pesal lak nak potong markah? bukan dia ada  ...

Ha'ah. Dia kata diorang pilih tu maybe maksudnya ada dalam wishlist mereka. Tp still yg decide bg tu production n peserta tak boleh say no sebelum ni. Mmg vodo gak alasan..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037458 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top