CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Goreng ayam punca pasal, banglo harga RM13 juta terbakar

3-12-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37732| Komen: 26


 


HARTFORD, CONNECTICUT  – Sebuah banglo bernilai kira-kira AS$3 juta (RM13 juta) di negeri Connecticut musnah dalam kebakaran apabila penghuninya menggoreng ayam belanda di dalam garaj, lapor agensi berita United Press International semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 petang (waktu tempatan) semalam, banglo di Jalan Weston musnah dijilat api yang merebak dari garaj ke keseluruhan kediaman tersebut ketika pasukan bomba tiba.

“Apabila kami tiba, keseluruhan garaj dan belakang rumah sudah terbakar. Kira-kira satu pertiga daripada rumah itu (terbakar),” kata Ketua Balai Bomba Sukarelawan Weston, John Pokorny.

Tambahnya, kebakaran merebak dengan pantas semasa pasukan bomba berada di lokasi kejadian.

Rumah seluas 929 meter persegi itu ketika kejadian,  menempatkan 25 orang yang meraikan cuti hujung tahun.

Tiada kecederaan dilaporkan, manakala semua penghuni yang berada di dalam kediaman tersebut berjaya menyelamatkan diri. – AGENSI  
 
Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 3-12-2024 08:23 AM
ayam goreng straight to jahannam
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:25 AM
kabo la thanksgiving. tula bomba dah ajor cara goreng turkey dgn selamat
Quote pocongkiutss 3-12-2024 08:28 AM
Adoi..nak raya..umah pulak terbakor
Quote stargazers 3-12-2024 08:30 AM
Ni nama rezeki dah depan mulut tunggu nak suap pun buleh terlepas
Quote L.U.S.M 3-12-2024 11:03 AM
stargazers: Ni nama rezeki dah depan mulut ...


Hahahaha malang tak berbau kan
Quote L.U.S.M 3-12-2024 11:04 AM
aavakateimani replied at 3-12-2024 08:25 AM
kabo la thanksgiving. tula bomba dah ajor cara goreng turkey dgn selamat

Dia lupa kot nk tutup api..maklumlaaa sejuk je sana time2 cenni..tertidur la kot
Quote nisako 3-12-2024 12:09 PM
habis semua sbb ayam
Quote kepompong 3-12-2024 12:18 PM
bukan ayam biasa.. turkey . besar gedabak
Quote melinda_kerr 3-12-2024 02:01 PM
rumah mahal2 tkde smoke detector dengan water sprinkler ke.. kurang2 tkdelah merebak teruk mcm tu skali..
Quote Decaffeinated 3-12-2024 02:09 PM
Salahkan goreng ayam le pulak. Kokesen pun perangai macam melayu juga ka?
Quote hokeypokey 3-12-2024 02:49 PM
goreng atau bakar ayam??? selalu omputeh bakar, jarang diorang makan goreng.. tapi mungkin jugak ubah selera, nk goreng plak..
Quote delsmomm 3-12-2024 03:15 PM
xsempat menjamu selera ayam goreng..
Quote B40tastePosh 3-12-2024 03:31 PM
Dia fikir takkan terbako sebab Winter
Quote dua_chzy 3-12-2024 07:31 PM
hokeypokey replied at 3-12-2024 06:49 AM
goreng atau bakar ayam??? selalu omputeh bakar, jarang diorang makan goreng.. tapi mungkin jugak uba ...

Common je deep fried turkey. Deol suka goreng dalam deep pot gini.

[youtube]4YT1-_OjNxY?si=FYnEZV-FWpvRaMTg[/youtube]

Quote dua_chzy 3-12-2024 07:31 PM
delsmomm replied at 3-12-2024 07:15 AM
xsempat menjamu selera ayam goreng..

Burung goreng uols, lebih tepat lagik.
Quote ninja boy 3-12-2024 07:49 PM
Rumah kayu ka rumah omputer ada berkayu mmg x takut terbakar
Quote hokeypokey 3-12-2024 08:11 PM
dua_chzy replied at 3-12-2024 07:31 PM
Common je deep fried turkey. Deol suka goreng dalam deep pot gini.

camni punya deep fried pun boleh terbakar meh??
eh jenuh plak memikior orang lain punya bala..
Quote uda 3-12-2024 09:22 PM
Decaffeinated replied at 3-12-2024 02:09 PM
Salahkan goreng ayam le pulak. Kokesen pun perangai macam melayu juga ka?

Mungkin mak itam sebab area hartford tu ramai org itam. kokesen duduk luar drp hartford.
Quote dua_chzy 3-12-2024 09:31 PM
hokeypokey replied at 3-12-2024 12:11 PM
camni punya deep fried pun boleh terbakar meh??
eh jenuh plak memikior orang lain punya bala..
...

Cer tengok kat Youtube hado yang silap langkah sampai melimpah keluar meletop2 minyak tu.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038426 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top