Pelakon Datin Lisa Surihani menyokong tindakan pelakon Zahnita Wilson membuat laporan polis selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Menerusi komen ditinggalkan, Lisa meluahkan rasa syukur Zahnita berjaya keluar dari rumah dan ada keberanian untuk mendedahkan perkara itu di media sosial. “Saya sangat bersyukur apabila anda berjaya keluar dari rumah. Dan anda melakukan perkara yang tepat dengan melaporkan kejadian ini kepada polis. “Tolong jangan minta maaf kerana terpaksa menggunakan media sosial sebagai medium,” katanya. Sementara itu, Lisa turut berdoa agar Zahnita berada dalam keadaan selamat dan dibawah lindungan Allah.
“Diharapkan anda dijauhkan daripada segala bahaya. Semoga Allah melindungi anda dan hilangkan segala trauma yang dialami,” tulisnya. Isnin lalu, perkongsian Zahnita mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam. Sumber : HibGlam,Rotikaya |
kukukatablog replied at 4-12-2024 04:04 PM
percayalah Rizman Ruzaini dah aim jadi next muse....
kukukatablog replied at 4-12-2024 04:04 PM
percayalah Rizman Ruzaini dah aim jadi next muse....
ADVERTISEMENT