JAKARTA – Seorang Utusan Khas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menghina seorang penjual teh ais dengan mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ terhadap lelaki tersebut, lapor portal berita Makassar Today hari ini. Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah, mengeluarkan perkataan itu ketika berceramah di Magelang, wilayah Jawa Tengah pada 20 November lalu. Namun, rakaman video yang memaparkan dia menghina penjual minuman tersebut hanya tersebar baru-baru ini.
Pada mulanya, Miftah bertanya sama ada teh ais yang dijual lelaki dikenali sebagai Pak Sun itu masih banyak atau tidak. Ketika Pak Sun menjawab ‘masih banyak’, Miftah berkata: “Masih banyak tak? Ya, goblok (bodoh).” Pak Sun kemudian membalasnya dengan memberikan senyuman. Rakaman video itu menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen dan tular di media sosial kerana dianggap merendah-rendahkan martabat penjual minuman. Miftah bagaimanapun tampil meminta maaf kerana menghina penjual teh ais itu. “Saya Miftah Maulana Habiburrahman dengan kerendahan hati meminta maaf atas kekhilafan saya,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di platform TikTok menerusi akaun @hasannasbi. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
sepiITUindah replied at 5-12-2024 05:49 PM
overnya yg sebelah dia tu ketawa
syamzana replied at 5-12-2024 05:54 PM
teringat forumer nama miftah(lupa blkg) kat bod paranormal
capiloton replied at 5-12-2024 06:06 PM
ulama2 sesat akhir jaman,
itu la akhlak mereka, nampak busok,
ulama sesat, ulama SU'
sepiITUindah replied at 5-12-2024 05:49 PM
overnya yg sebelah dia tu ketawa
ADVERTISEMENT