Los Angeles: Penyanyi Beyonce, 43, secara rasmi diangkat sebagai bintang pop terhebat abad ke-21 oleh majalah industri muzik terkemuka, Billboard. Pengumuman itu dibuat hari ini sebagai sebahagian daripada siri pengiktirafan Billboard merungkai artis pop mana paling bersinar dalam tempoh 25 tahun ini. "Dia sudah membuktikan diri sebagai penghibur dan pencipta karya yang komited pamer inovasi, evolusi dan cemerlang dalam segala hal secara keseluruhan. "Dia menjadi penanda aras tersendiri dalam kalangan bintang pop lain dan dinilai daripada segi itu sepanjang abad ini," demikian kenyataan Billboard. Legasi dicipta Beyonce bukan sekadar tertumpu dalam bidang muzik semata-mata sebaliknya pengaruh besarnya terhadap industri secara keseluruhan. "Daripada rangkai album dan lagu malar segarnya selama 25 tahun, impak luar biasa dalam industri dan pengaruh kepada artis lain hingga bakat tiada bandingan sebagai penyanyi dan penghibur," tambahnya.
Bulan lalu, Beyonce menjadi artis mendapat pencalonan tertinggi dalam acara berprestij Anugerah Grammy dengan 11 kategori menerusi albumnya Cowboy Carter. Secara total, dia sudah mendapat 99 pencalonan dengan 32 kemenangan dalam anugerah terbabit sepanjang kariernya. Sumber – Harian Metro |
Shayang replied at 5-12-2024 11:35 PM
Dia tahu dia tahuuuuuuu
So mmg kena bagi kat diaaaaaa laaa hahahah
ADVERTISEMENT