CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Dah Cakap Banyak Kali, Kaki Pukul Tak Akan Pernah Berubah” - Shila Amzah

9-12-2024 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12903| Komen: 35



Penyanyi Shila Amzah menegaskan lelaki yang panas baran serta kaki pukul tidak akan meninggalkan tabiat itu dengan mudah.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shila dilihat memuat naik semula video temu bual pelakon Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menurut Shila lagi, dia turut menitipkan nasihat agar tidak mudah tertipu dengan mana-mana lelaki yang mempunyai sejarah memukul wanita.

 

“Saya dah cakap banyak kali, kaki pukul tak akan pernah berubah. Orang yang kaki pukul ini tak akan berubah sama ada muka hensem atau tak.

“Jangan biarkan anda dikaburi fizikal mereka terutamanya bila anda tahu dia ada sejarah pernah pukul bekas kekasih mahupun sebelum berkahwin ataupun sekadar jadi kekasih. Lari,” tulisnya.


Sementara itu, Shila berkata lelaki kaki pukul bijak memanipulasi pasangan untuk kekal setia bersama mereka serta cenderung membuatkan pasangan hilang kawan untuk bergantung pada mereka.

“Sesetengah orang akan kekalkan hubungan dengan pendera sebab selalu ingat tiada jalan keluar. Pendera pandai, dia akan buat anda buang semua kawan seterusnya bergantung 100 peratus kepadanya

“Ketika baik, memang dia akan layan anda seperti seorang puteri. Tapi bila datang gila dia, masa itu mental dan fizikal anda akan didera lagi dan ianya akan berlarutan.” tulisnya.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 9-12-2024 04:45 PM
So laki skrg kaki pukul pulak ke?

Laki lama dia kata biawak. Forumer kata lembam.

Malang la nasib kau shilalat.
Quote Alvida 9-12-2024 04:57 PM
Harus nk kata kat shanaz kaki pukul..dgn kak nab jer tk berani
Quote ainonymous 9-12-2024 04:59 PM
mcm kurus je shilalt ni. kena pukul dgn laki baru ke
Quote hokeypokey 9-12-2024 05:11 PM
takkan laki baru, mesti la bekas laki.. tak pun bekas boyfriend..
Quote I.K.A888990 9-12-2024 05:15 PM
bagitau je nama kan senang
pening nak fikir siapa haha
Quote Hoola 9-12-2024 05:33 PM
abuser = ya mmg kita tentang habis2an
baik kpd maknusia mahupun bintang yg tdk berdosa

tapi tapi tapi tringat plak petikan gitar smbil nngis dia tuh ??
Quote September14 9-12-2024 06:17 PM
Ppuan pun klu boleh jgn gedik2 manja sgt

Tgk kaknab tu nmpk caracter dia strong bkn snng nak pukul2
Quote rayna_raynes 9-12-2024 08:26 PM
ainonymous replied at 9-12-2024 04:59 PM
mcm kurus je shilalt ni. kena pukul dgn laki baru ke

Dia gemuk korang komplen, dia kurus kena tuduh diabuse pulak. apa korang nak sbnrnya

Quote rayna_raynes 9-12-2024 08:26 PM
Hoola replied at 9-12-2024 05:33 PM
abuser = ya mmg kita tentang habis2an
baik kpd maknusia mahupun bintang yg tdk berdosa

Kalau dia kena belasah nanas dulu takdennya menangis2 buat video meratap masa cinta dihalang.
Sah2 la dia cakap pasal exlaki dia


Quote NickiMinaj 9-12-2024 08:27 PM
dia ni tak habis2 tak leh move on dgn nanaz, apa2 issue mesti nak hint2 nanaz. kau la terpaling ternaiaya nyahhhhhhh
Quote MollyShannon 9-12-2024 09:34 PM
NickiMinaj replied at 9-12-2024 08:27 PM
dia ni tak habis2 tak leh move on dgn nanaz, apa2 issue mesti nak hint2 nanaz. kau la terpaling tern ...

Dia cakap psl ex laki dia kot
Quote rayna_raynes 9-12-2024 09:40 PM
NickiMinaj replied at 9-12-2024 08:27 PM
dia ni tak habis2 tak leh move on dgn nanaz, apa2 issue mesti nak hint2 nanaz. kau la terpaling tern ...

Dia cakap pasal bekas laki dia sis


Quote likilu 9-12-2024 09:57 PM
Edited by likilu at 9-12-2024 09:59 PM

Lah so what kalau ko dah cakap byk kali?

Ko takde kedibiliti langsung nak cakap pasal.pilih pasangan pasal ko setiap kali Breakup jadi bukan bukan, nangis pakai Telekung la tinding hidung la, semua pun ko cinta mati semua siapa yg abuse mental fizikal ko tah?

Lagipun very insensitive ko macam nak salahkan zahnita mcwilson ni stay 20 tahun baru berani angkat kaki? Whats in the past tu dah lepas, kalau ko tak reti support dia mcm all other ladies buat, ko diam situ je.

Pakai baju selalu pesen pelik, macam baju tunang dulu kan, tang chest tu buruk betul design nya. Lagi nak saya dah lama cakap la apa la.
Quote Lolalala 9-12-2024 10:12 PM
She penah upload muka dia lebam kan masa dia holiday pi penang dgn ubai aritu. Katanya sangat trauma nak ke penang sebab kes tu. Now ubai dan anak² dah bg dia new memory. Cumanya yg pukul tu ex bf ke ex husband?
Quote immortallez 9-12-2024 10:17 PM
Rasanya dia tujukan pd ex laki. Tak rasa Nanas sebab masa cinta terhalang Shila frust gila
Quote dua_chzy 10-12-2024 12:14 AM
I.K.A888990 replied at 9-12-2024 09:15 AM
bagitau je nama kan senang
pening nak fikir siapa haha

Shanaz la sapa lagik.
Quote dua_chzy 10-12-2024 12:15 AM
rayna_raynes replied at 9-12-2024 01:40 PM
Dia cakap pasal bekas laki dia sis

Oh, ingatkan Shanaz.

Muka lembam bagak gitu pun reti pukul2 jugak ye.
Quote Zeelalala 10-12-2024 01:09 AM
shila shila...kan baik kau diam je....hurrrmmmm

dia nak menyampuk juga
Quote DARSITA 10-12-2024 01:40 AM
tak payah teka teka .. lelaki yg hadir dlm idup dia:-

ex-bf kaki pukul

ex laki  - biawak idup

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.107933 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top