Penyanyi Datuk Hattan mendedahkan mendedahkan berat badannya semakin bertambah empat kilogram sejak dia membuat keputusan berhenti merokok beberapa bulan yang lalu. Memetik mStar Online, sejak berhenti merokok kesihatannya semakin baik malah staminanya juga bertambah. “Saya berhenti merokok sejak kematian adik pada April lalu dan alhamdulilah sejak hari ini tak hisap rokok, 2 minggu pertama berhenti tu memang gigil tapi sekarang okay. “Bila nyanyi dapat kawal pernafasan dengan baik dan dapat nyanyi lagu key tinggi jadi memang seronok,” katanya. Sementara itu, Hattan berkata dia nekad dan berdoa untuk berhenti merokok sebaik saja pemergian adiknya Allahyarham Mohd Hatta pada April lalu. “Adik saya kuat hisap rokok boleh dikatakan berkotak-kotak tiap hari tapi bukan saya katakan puncanya sebab rokok, tiap-tiap hari doa untuk henti rokok selepas adik meninggal,” katanya.
SUMBER: mStar Online, Rotikaya |
ADVERTISEMENT