CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ketika Buat Pai, Saya Menangis..Boleh Dengar Suara Bapa Saya & Tahu Dia ‘Melihat’ Dari Atas Sana’ – Zahnita Wilson

9-12-2024 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 40733| Komen: 34

 


Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson menjadi tumpuan sejak seminggu lalu berikutan pendedahan berhubung isu rumah tangganya.

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkata, dia memohon kepada Allah SWT untuk membantu dirinya mencari jalan keluar daripada masalah rumah tangga yang dialaminya.


"Semasa kejadian itu, saya minta pada Allah tunjukan jalan keluar untuk saya dan segalanya berlaku.

"Saya berjanji pada Allah akan bekerja keras dan sekarang saya di sini. Syukur, Alhamdulillah.

"Ya, saya keluar rumah dengan satu bagasi bersama anak bongsu saya dan perniagaan saya. Alhamdulillah saya dapat keluarkan barang-barang dapur."


Dalam nada sebak, Zahnita juga percaya bahawa arwah bapa pasti akan menyokong dirinya.

"Ketika saya buat pai, kadang kala saya menangis dan saya boleh mendengar suara bapa saya yang mengatakan, ‘awak boleh lakukannya.’ Saya tahu bapa saya ‘di atas sana melihat’ saya juga."

"Saya bersedia dari segi mental dan emosi. Kena sedar dan berpegang kepada niat itu.

"Perlu ada satu kehendak untuk membantu awak mencari jalan keluar. Susah untuk digambarkan sebab hanya orang yang berada di dalam situasi itu tahu apa yang saya katakan."

Sementara itu, aktres berusia 39 tahun tersebut berkongsi detik permulaan dia mendapat idea untuk menjalankan bisnes pai.

"Awak kena cari apa yang membuatkan awak gembira dan sesuatu yang boleh difokuskan."

"Sebenarnya saya rindu, saya nak sangat balik ke Australia dan merasai pai daging di stesen minyak."

"Saya cari resepi dan buat kemudian ada orang komen, ada jual pai? Saya tanya nak order ke? Dan semuanya berlaku begitu sahaja."

Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.

Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Sumber: TikTok Mingguan Wanita, OhBulan
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 9-12-2024 06:22 PM
Edited by hokeypokey at 9-12-2024 06:23 PM

yg mana 1 dia dlm gambar family tu?? yg kecik tu ke yg besar???
mak dia cantik jugak..
Quote apedehal 9-12-2024 06:28 PM
hokeypokey replied at 9-12-2024 06:22 PM
yg mana 1 dia dlm gambar family tu?? yg kecik tu ke yg besar???
mak dia cantik jugak..

Kalau ikut muka yg kecik tu dia
Quote apedehal 9-12-2024 06:28 PM
Kesian dia..nmpak tua betul muka dia xmacam 39
Quote Barebow77 9-12-2024 06:37 PM
Bertahan 20 tahun kena debik..kalau tunggu jugak mau masuk berita dah jadi jenazah..haippp mulut aiol.hansung tollll..
Quote shernazz 9-12-2024 06:43 PM
Muka mak dia mcm nikki palikat atau nadia aqilah
Quote lilacomot 9-12-2024 06:48 PM
Mak dia muka mcm Chinese... Yg kakak sulung xde muka mix omputeh pun
Quote alesandra 9-12-2024 07:20 PM
2nd marriage mak dia  ke dgn bapak zahnita ni?
Quote IzzahF 9-12-2024 07:24 PM
tak penah tau psl adik beradik dia ni
Quote stargazers 9-12-2024 07:26 PM
Muka dia ni kurus sgt ke cane kening tebai mcm jantan

Semoga kembali sihat dan pulih emosi, mental dan jiwa la te
Quote IzzahF 9-12-2024 07:28 PM
stargazers replied at 9-12-2024 07:26 PM
Muka dia ni kurus sgt ke cane kening tebai mcm jantan

Semoga kembali sihat dan pulih emosi, mental  ...

ni mcm lepas she kena mekap kemarin utk iv. ada videonya lalu lalang kat fb merata riti..
Quote stargazers 9-12-2024 07:29 PM
IzzahF replied at 9-12-2024 07:28 PM
ni mcm lepas she kena mekap kemarin utk iv. ada videonya lalu lalang kat fb merata riti..

Apo mekap lagu tu kening tu ya Allah
Quote noor2 9-12-2024 08:27 PM
Jgn air mata jatuh dlm adunan sudahlah
Quote apedehal 9-12-2024 08:32 PM
noor2 replied at 9-12-2024 08:27 PM
Jgn air mata jatuh dlm adunan sudahlah

Kalau ada porumer sini yg beli ada rsa2 terlebih masin tu ye lahh..hahhaha
Quote noor2 9-12-2024 08:40 PM
apedehal replied at 9-12-2024 08:32 PM
Kalau ada porumer sini yg beli ada rsa2 terlebih masin tu ye lahh..hahhaha

Hehe....
Quote Hoola 9-12-2024 10:48 PM
cute dia kecik2

awatla dia bsabar lama
dan apala yg btkn dia tertarik pd jntn tu
goshhh from supermodel to....kena debik!
damnnn
Quote burberry99 9-12-2024 10:51 PM
awal benor dia kawin ya. baru 39 tahun means umur 19 atau 20  dah kawin
Quote Akalditipumata 9-12-2024 11:19 PM
Dh.. cari duit elok2..Jaga kualiti pai.. smentara tgh full booked dgrnya smpai bulan feb.. fokus kt pai je.. xyh tunggang cerita sedih utk jual pai...
Quote dua_chzy 10-12-2024 12:12 AM
Tu dia acik kau dah skizo.
Quote IzzahF 10-12-2024 07:26 AM
stargazers replied at 9-12-2024 07:29 PM
Apo mekap lagu tu kening tu ya Allah

itula..masa she cakap2 dgn MUA tu kot lom kena mekap lg, nampak lembut muka she..sweet berbedak je kot. skali lepas mekap lukis kening buh eyeliner terus cam bapok. tanjat I, keras nau muka she

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036323 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top