CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa & Anak Perempuan Sama-Sama Naik Mahkamah Syariah, Kes Tangkap Khalwat Dengan Pasangan Masing-Masing

9-12-2024 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35998| Komen: 32

 

Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas pertuduhan berasingan iaitu melakukan persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing.

Nurul Hadhari Mat Husin, 20, dan pasangannya, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20, didakwa mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Sebaik mengaku bersalah, hakim menjatuhi hukuman denda RM3,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda terhadap Nur Hadhari, manakala pasangannya pula didenda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

 


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah apartmen di Jalan Batas Baru jam 4.15 pagi, 18 Mac lalu dan ini merupakan tangkapan kali kedua.

Sebelum ini mereka yang masih bergelar pelajar kolej pernah ditangkap berkhalwat buat kali pertama di lokasi sama pada Februari lalu dan didenda RM1,900 dan RM2,000 bagi kesalahan tersebut.

Nurul Hadhari dan Che Mohammad Aidil yang kini bergelar suami isteri sejak Julai lalu bagaimanapun terlepas hukuman sebat atas kesalahan khalwat berulang.

Sementara itu, bapa Nurul Hadhari pula, Mat Husin Sulaiman, 53, dan pasangannya, Aslina Razali, 37, dituduh di mahkamah berasingan atas dakwaan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Mengikut pertuduhan, Mat Husin yang bekerja sebagai tukang urut dan Aslina didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud, jam 5.20 petang, 19 Mei lalu.

Mat Husin dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan berdepan hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda.


Sumber:- Kosmo, Beautifulnara
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeelalala 9-12-2024 11:16 PM
Teruknya la hai. Bapak borek anak rintik. Ini lah dia.
Quote Barebow77 9-12-2024 11:46 PM
Kira satu kepala lah nie..angkat geng
Quote Decaffeinated 10-12-2024 12:38 AM
mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah

maksudnya apa ni? dah siap sarung kondom ka?
Quote doubleA 10-12-2024 12:59 AM
Hasil carian fb skandal bapaknya tu status married. Gilo dah ada laki nak ngesex dgn org tua lain pulak
Quote nolya 10-12-2024 01:35 AM
Ini baru tepat dn tidak salah lagi: bapa borek anak rintik, di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.  Bapak oh bapak.
Quote PULANGKAN 10-12-2024 04:01 AM
maaf, Iols keliru la baca kes anaknya tu

kes kedua ditangkap khalwat, tapi dah kahwin?
ada sesiapa boleh terangkan, terima kasih
Quote SalenaGomez 10-12-2024 06:35 AM
Decaffeinated replied at 10-12-2024 12:38 AM
maksudnya apa ni? dah siap sarung kondom ka?

X…. Baru nak kemas2 katil

Hahahah SG rasa ada definition nya tu
Quote SalenaGomez 10-12-2024 06:36 AM
Edited by SalenaGomez at 10-12-2024 06:40 AM
PULANGKAN replied at 10-12-2024 04:01 AM
maaf, Iols keliru la baca kes anaknya tu

kes kedua ditangkap khalwat, tapi dah kahwin?



“ Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah apartmen di Jalan Batas Baru jam 4.15 pagi, 18 Mac…

Sebelum ini mereka ditangkap berkhalwat buat kali pertama di lokasi sama pada Februari lalu …..”


1st tangkat khalwat feb, 2nd khalwat mac, kawen july

Yg bicara 1st khalwat done. Now perbicaraan 2nd khalwat
Quote kaedahnya 10-12-2024 07:17 AM
apa ke teruknya si bapak dengan budak aslina ni, masing masing dah bernikah pun still gatai pelig lagi
Quote shafik72 10-12-2024 07:51 AM
Tukang urut ni mesti power dr segi batin, tau teknik² cakar dan cengkam, sekali kene ,pasti nak lg.
Quote brainbiru 10-12-2024 08:19 AM
doubleA: Hasil carian fb skandal bapakn ...
yg pkai tudung awning ke yg pkai tudung biru, larich empire? Both profile live in ganu.
Quote Prickford 10-12-2024 09:03 AM
brainbiru replied at 10-12-2024 12:19 AM
yg pkai tudung awning ke yg pkai tudung biru, larich empire? Both profile live in ganu.

Yg tudung biru Larrich Empire tu ada letak tarikh lahir dekat bio. Lahir tahun 1987. So, umur 37 tahun. Pak kena tangkap dgn pempuan umur 37 tahun kalau ikut berita.

Quote misszazaz 10-12-2024 09:10 AM
macam2 la dunia skrg
Quote KamikuP 10-12-2024 09:24 AM
tENGOK bapaknya mcm ganteng tukang urut pulak tu.. mcm2 teknik ilmu dia ada.. ekekekeke
Quote Cassieopeia 10-12-2024 09:51 AM
mak si nurul ni xde ke? erm kalau masih bersama kesian dia laki ngn anak buat hal gini
Quote prince_marhaen 10-12-2024 10:57 AM
meols speku diorang dah pernah 'some' or swing sesama....sebab bukan kesalahan kali pertama, ini yang kantoi ye..yang tak kantoi tak tau...
Quote makciktijah 10-12-2024 11:19 AM
tengok lengan bapaknya tu bulu2 mcm gorila pun ada pompuan sudi.
Quote edayildiz 10-12-2024 12:05 PM
tgk tgn apak dia pun tau muka xhensem..org perempuan ni main sauk je ek?
kalau yg xhensem tu laki sndiri takpe.mlako sendiri kot..ini skendel je..
geli la..mcm skendel akk ofis i yitu.laki india dia ikut check in
Quote Decaffeinated 10-12-2024 01:29 PM
Banyak gunanya pelitup muka selepas era Covid ni. Sila simpan stok2 lama jangan dibuang ya.

Having said that, perlu ka media shoot dan siar gambar pelaku especially pasangan muda yang dah kawin tu? Hukuman mahkamah sahaja tak cukup ka?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.056030 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top