Tidak semua orang menyenangi populariti sekelip mata diraih ibu tunggal dua cahaya mata ini. Kemelut rumah tangga yang dilaluinya menyebabkan nama Bella Astillah melonjak secara tiba-tiba. Daripada seorang isteri dan ibu rumah tangga, perlahan-lahan namanya mula dikenali sebagai penyanyi dan pelakon. Tidak cukup itu, Bella turut menjadi buruan produk sebagai jurucakap dan duta. Bagaimananpun, ada yang mula mempertikaikan kemasyhuran diraih wanita berasal dari Sabah itu, Bella dituduh menjaja kisah sedih semata-mata untuk mendapat tempat di hati peminat dan industri. Namun pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mempersoalkan bilakah masanya dirinya menjual cerita sedih? "Saya tidak tahu bila masa saya menjual cerita sedih, rasanya tidak ada. Cuma, kadang-kala bila terlalu sibuk dengan kerja, saya luahkan rasa rindu lepada anak-anak, bukan cerita sedih.
"Setakat ini, Alhamdulillah saya gembira bersama keluarga dan kehidupan semakin baik. Saya juga sibuk cari rezeki untuk anak-anak, fokus saya buat masa ini adalah pada kerja. "Cuma, ada ketikanya konten bersama anak-anak yang saya kongsikan dalam media sosial adalah rakaman daripada orang lain yang saya kongsikan semula. "Saya tidak menyalahkan sesiapa yang nak komen negatif kerana terpulanglah kepada tanggapan masing-masing," katanya yang ditemui di Majlis Media Gathering Nabila Razali & Bella Astillah di ibu negara, semalam. Menurut Bella lagi, dia juga tidak berkecil hati apabila ada yang mempersoalkan kebolehannya sebagai penyanyi. Bella berkata, dia mengingati pesanan guru vokal, Cikgu Syafi agar tidak melatah dengan komen negatif dilemparkan. "Cikgu Syafi selalu pesan, dengan komen-komen itu pun sebenarnya boleh membina semangat. Orang luar ada pendapat masing-masing. "Mungkin mereka mahu saya jadi yang terbaik dan tidak mahu melihat saya dikecam. Saya faham dan terima sahaja apa yang orang ingin perkatakan mengenai saya. "Saya terima komen negatif itu untuk kuatkan lagi semangat saya dan komen positif pula menjadikan semangat saya lebih besar," katanya lagi. Sementara itu, mengulas hubungannya dengan Stacy Anam susulan penarikkan diri penyanyi itu daripada konsert A Night With Sumandak Stars, kata Bella hubungan mereka baik cuma masih belum berkesempatan untuk berjumpa. Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersua dengan Stacy. "Sebenarnya kami tidak ada masalah. Isu ini jadi besar mungkin disebabkan ada kenyataan yang dibuat, tetapi sebenarnya tak ada apapun. "Saya berterima kasih kepada peminat yang mendoakan. Mereka banyak berikan komen positif kerana tahu kami memang tiada masalah. Tapi, isu ini jadi besar, bagaimanapun saya tidak terkesan dan okay sahaja," katanya. SUMBER: Berita Harian |
hokeypokey replied at 10-12-2024 08:00 PM
yela teringat video ko bercucur air mata meleleh hingus waktu sesi dedah curang 11 kali tu..
Glass_shoes replied at 10-12-2024 11:16 PM
hokeypokey replied at 10-12-2024 11:28 PM
foundation pun cair dek bercampur air mata ngan hingus.. shading hidung sampai senget benget..
pu ...
hokeypokey replied at 10-12-2024 11:28 PM
foundation pun cair dek bercampur air mata ngan hingus.. shading hidung sampai senget benget..
pu ...
Glass_shoes replied at 11-12-2024 08:46 AM
Nangis Alep curang X
Nangis diri sendiri kantoi curang ✓
ADVERTISEMENT