Pelakon Harissa Adlynn berkongsi pengalaman digoda pelakon senior yang sudah mempunyai cucu yang cuba memburu cinta. Bagaimanapun, Harissa menegaskan, dia enggan melayan lelaki terbabit kerana tidak mahu terjerat dengan kontroversi yang boleh memakan diri. "Memang ramai yang cuba mendekati saya. Ada berstatus suami orang dan ada juga yang sudah mempunyai cucu. Anak dia pun sebaya saya. "Mereka berani berterus terang untuk ajak saya pergi 'dating'. "Malah, ada juga yang cuba mengambil kesempatan untuk menyentuh saya ketika kani berlakon bersama. "Biasanya mereka akan pura-pura terpegang tangan saya walhal saya boleh hidu apa niat mereka sebenarnya. "Bila berlaku perkara seperti itu, saya akan cuba menepis dengan tidak memberikan sebarang respons supaya dia tidak anggap saya perempuan murahan. "Kalau bertindak di luar batasan, saya tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakselesaan saya kepadanya," katanya ditemui pafa sidang media drama Benci Jadi Cinta yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, semalam.
Berdasarkan pengalaman, kebanyakan mereka memahami selepas melihat bersikap dingin terhadap godaan yang mereka lakukan itu. "Saya seorang yang profesional ketila bekerja. Kalau tak selesa dengam situasi itu, saya akan suarakan. "Setakat ini, mereka memahami dan tidak pernah cuba memaksa saya," ujarnya yang masih solo. Benci Jadi Cinta yang menjadi drama vertikal bersiri pertama terbitan TV3 sudah pun ditayangkan di aplikasi TikTok bernula semalam. Selain Harissa, drama 20 episod berdurasi dua minit bagi setiap episod itu turut dibintangi Syahmie Thsaqeef dan Zheng Ning. SUMBER: Berita Harian |
L.U.S.M replied at 10-12-2024 08:53 PM
6 Komen semua puji cantik tp asal aku tgk mcm x je pic atas like biashe2..and cekci gk la..klu gini ...
sharlenetexas replied at 10-12-2024 08:55 PM
Tapi iols tambah kat belakang tu vibe membosankan.
BoongaKertas replied at 10-12-2024 04:21 PM
comel budak ni. iols ingat sbb suara and lagu dia sdp masa nyanyi runut bunyi wanita terindah.
ADVERTISEMENT