CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara hilang 5.3 juta pek beras putih tempatan 10kg akibat banjir

10-12-2024 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13840| Komen: 19

 


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengakui banjir yang melanda beberapa negeri mengakibatkan negara berdepan kesan besar terutama dengan kehilangan potensi hasil membabitkan penghasilan beras.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata berdasarkan statistik kementerian, negara direkodkan kehilangan potensi hasil 5.3 juta pek beras 10 kilogram (kg), setakat ini.

Beliau berkata, keadaan itu sekali gus memberi impak kepada bekalan beras putih tempatan (BPT).

"Perlu diambil maklum, tahun ini bencana sangat luar biasa dan ia memang ada membawa kesan kepada bekalan BPT dalam negara kita.

"Setakat ini, kita kehilangan 5.3 juta pek 10kg kampit beras dalam pasaran... lenyap begitu sahaja akibat banjir yang melanda negara kita," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai keberkesanan inisiatif dilaksanakan KPKM bagi menangani isu kekurangan bekalan BPT.

Sementara itu, Arthur berkata, KPKM menyediakan Tabung Bencana Tanaman Padi untuk memberikan bantuan kepada pesawah bagi mengurangkan kerugian dialami mereka susulan kejadian banjir.

Beliau berkata, peruntukan RM30 juta disediakan KPKM bagi tujuan bantuan pembaikan infrastruktur musnah akibat banjir, tahun ini.

"Pesawah layak menerima bantuan RM1,800 per hektar untuk maksimum tiga hektar, bergantung keluasan yang musnah.

"Selain itu, kaedah baharu iaitu Agrobank Skim Takaful Tanaman Padi dengan pesawah boleh mohon bantuan sehingga RM3,000 per musim, juga sudah dilancarkan Oktober lalu," katanya.

Mengenai usaha menangani isu kekurangan bekalan BPT, Arthur berkata kementerian sudah menambah empat langkah reformasi institusi dan industri padi beras sebagai fokus utama, sekali gus melipatgandakan program Gelombang Padi, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Ia membabitkan pemisahan kuasa dan fungsi institusi pengurusan industri padi beras serta pengenalan peraturan larangan pencampuran BPT dan beras putih import, selain memperkukuh kawal selia penguatkuasaan serta memantapkan tadbir urus Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).


SUMBER: Berita Harian
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 10-12-2024 06:03 PM
Belum lg yg repack, magically jadi beras import. Mmg tak merasa la rakyat malaysia beras murah.
Quote monreyes 10-12-2024 06:08 PM
sorok la lagi..hujung2 rugi juga
Quote xy_daen 10-12-2024 06:24 PM
Ada waktu program Madani je
Quote annehuda 10-12-2024 06:28 PM
ni mcm musim covid la kan, buang sayur sebab tak laku katanya. padahal pemborong dah tak boleh cross masuk singapore.
Quote AbukRokok 10-12-2024 06:47 PM
eloklah hilang tuhan tarik nimat akibat menipu
Quote kakikuDibibirmu 10-12-2024 07:00 PM
Akibat kos sara hidup yang semakin tinggi, tak dapat meneruskan kelangsungan hidup di bawah Malaysia Mahaldahni



Quote ninja boy 10-12-2024 07:03 PM
Roti canai kosong xde jual roti canai sardin nutella bawang cheese ada jual
Quote grouper 10-12-2024 07:10 PM
Masalahnya sebelum banjir beras tempatan xde..mana boleh jawab sebab banjir hilang 5 juta pack beras tempatan. Ini cerita sebelum banjir la
Quote Perwira2022 10-12-2024 07:25 PM
Eh tiba2 dah jumpa beras tempatan yg hilang.. Malangnya, tiba2  ditelan banjir pula

Nak anwar-anwarkan Walanon boleh la... Spesis bodoh memang mudah percaya
Quote Zeelalala 10-12-2024 07:30 PM
Tak. Skrg ni aku tak faham mcm mana boleh lenyap mcm tu je? kalau 10 pack kita tahu lah tak nampak tersadai di mana2 sebab air banjir. Ni berjuta2 pack. Mana pergi? Ke main sebut je angka tu? haha
Quote cantthinkofany 10-12-2024 07:49 PM
padan muka.....jangan memain ngan doa orang marhain yg teraniaya.....
Quote kemaruk 10-12-2024 09:04 PM
Walaun tak reti baca ke

Kan dia cakap POTENSI hasil tu

Bukannye beras yang dah siap di pek
Quote kakikuDibibirmu 10-12-2024 09:36 PM
Tazzangka pek plastik pun tak kalis air
Quote B40tastePosh 10-12-2024 09:47 PM
Tak pernah jumpa beras tempatan di pasaran ..semua Super Import
Quote xpdckelate 10-12-2024 09:54 PM
beras tempatan dh lama hilang dari pasaran,baru keluar gua ke?
Quote TeropongThaico 10-12-2024 10:46 PM
Beras tempatan beras tempatan...
Ada ke lg? Lama dah tak pernah jumpa
Quote Decaffeinated 10-12-2024 11:09 PM
berdasarkan statistik kementerian, direkodkan kehilangan potensi hasil 5.3 juta pek beras 10 kilogram (kg), setakat ini.

ayat simple macam ni pun tak mampu faham masih tanya mana perginya beras

Quote aavakateimani 11-12-2024 06:41 AM
ye ke?
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:42 AM
senang ko ek salahkan banjir pulek

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.189940 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top