CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Purata gaji pekerja mahir RM5,242, kemahiran rendah hanya RM1,982

10-12-2024 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14347| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR: Purata gaji dan upah bulanan bagi pekerja mahir meningkat sebanyak 7.5 peratus, mencatatkan peningkatan RM364 kepada RM5,242 berbanding RM4,878 pada 2022, demikian menurut menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata dalam kalangan pekerja mahir, kategori pengurus kekal merekodkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM6,640, meningkat sebanyak 5.1 peratus berbanding RM6,319 pada tahun 2022 dan diikuti oleh profesional (RM6,139) dan juruteknik & profesional bersekutu (RM3,854).

"Selain itu, purata gaji dan upah bulanan bagi pekerja separuh mahir meningkat kepada RM2,475 berbanding RM2,335 pada 2022, terutamanya disumbangkan oleh pekerja sokongan perkeranian (RM2,789), diikuti oleh pekerja perkhidmatan & jualan (RM2,421), pekerja kemahiran & pertukangan (RM2,385) serta operator mesin dan pemasang (RM2,311).


"Sementara itu, purata gaji dan upah bulanan bagi kategori berkemahiran rendah yang merangkumi pekerja asas, meningkat sebanyak RM147 kepada RM1,982 berbanding RM1,835 pada tahun sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan Survei Gaji & Upah, Malaysia, 2023 yang dikeluarkan oleh DOSM menunjukkan purata gaji dan upah bulanan meningkat kepada RM3,441 berbanding RM3,219 yang dicatatkan pada tahun 2022.

Sementara itu, penengah gaji dan upah bulanan bagi warganegara Malaysia meningkat kepada RM2,602, mencerminkan pertumbuhan yang stabil daripada RM2,429 pada tahun 2022.

Penambahbaikan ini adalah hasil daripada pelbagai inisiatif pemantapan ekonomi yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup tenaga buruh di Malaysia, kata DOSM

Mohd Uzir berkata, purata gaji dan upah bulanan bagi kawasan bandar dan luar bandar mencatatkan trend peningkatan berbanding tahun 2022 kepada RM3,580 bagi kawasan bandar dan RM2,608 bagi kawasan luar bandar.

Secara khususnya, beliau berkata purata gaji dan upah bulanan di kawasan bandar mencatat pertumbuhan 6.7 peratus, manakala kawasan luar bandar mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 9.9 peratus.

"Mengikut negeri, penemuan menunjukkan bahawa Putrajaya mencatatkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM4,858.

"Selain itu, empat negeri lain melepasi paras purata nasional pada RM3,441 iaitu Kuala Lumpur (RM4,521), Selangor (RM3,885), Labuan (RM3,636) dan Pulau Pinang (RM3,557)," katanya.

Mohd Uzir berkata, semua sektor ekonomi mencatatkan peningkatan dalam purata gaji dan upah bulanan pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, sektor perlombongan dan pengkuarian merekodkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623, diikuti oleh sektor perkhidmatan sebanyak RM3,619, yang disumbangkan oleh subsektor pendidikan, maklumat & komunikasi serta aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial.

"Seterusnya, sektor pembuatan dengan purata sebanyak RM3,052, manakala sektor pembinaan dan pertanian masing-masing mencatatkan purata gaji dan upah bulanan sebanyak RM2,903 dan RM2,204," katanya.


SUMBER: Berita Harian
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 11-12-2024 06:40 AM
nak tacang je ni
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:40 AM
bagus bagus ok
Quote kakikuDibibirmu 11-12-2024 10:11 PM
Sudah tiba masanya kerajaan hapuskan subsidi RON95. Rakyat Malaysia memang terlampau kaya.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055545 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top