CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

IG diserang, Che Ta tenang nikmati sambal udang, telur dadar - “Betulkah barang rumah kena sita?”

10-12-2024 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5190| Komen: 76

 


Selepas barangan rumah disita Majlis Amanah Rakyat (Mara) susulan tunggakan hutang mencecah hampir RM1 juta, Instagram pelakon Rozita Che Wan diserang netizen.

Perkara tersebut berlaku selepas rumah Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta diserbu sekumpulan pegawai agensi terbabit pagi tadi.

Sebilangan besar netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon drama Kiah Pekasam itu yang didakwa liat melunaskan bayaran hutang.

“Ada hutang tak bayar? Ingatkan kaya sangat rupa-rupanya penuh hutang,” kata netizen.

“Betulkah barang rumah kena sita?,” soal peminat.

“Acah-acah tenang ke?,” tanya pengikut.

Bagaimanapun, masih ramai pengikut di laman sosial memberikan sokongan buat isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

“Masing-masing seronok hadir macam tak pernah ada hutang. Maksum dan yakin tiada ujian hidup,” sindir seorang peminat.


“Tenang Che Ta, semua orang pernah buat salah. Mana ada hidup sempurna tanpa hutang,” tutur pengikut lain.

“Jangan komen apa-apa. Ini ujian dia, ujian kita belum tahu lagi,” jelas netizen.

 

Dalam masa sama, Che Ta pula dilihat seolah-olah tidak mempedulikan orang ramai mengutuk dirinya apabila memberikan ucapan hari jadi buat anak keduanya, Aniq Ezzra.

Dia juga memuat naik gambar juadah makanan seperti sambal udang, siakap masak sweet sour, sayur goreng dan telur dadar yang dipercayai hidangan tengah harinya.


Pagi tadi, serbuan dilakukan pihak Mara ke kediamannya di Kota Damansara setelah pelakon tersebut tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.

Pihak peguam telah menyerahkan writ terbabit hari ini berikutan tiada maklum balas serta kerjasama daripada selebriti itu sebelum ini.

Begitupun, Che Ta dan suaminya tiada di rumah ketika tindakan mahkamah itu dikenakan terhadapnya.

SUMBER: KOSMO! ONLINE
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 10-12-2024 11:30 PM
takpelah cheta dh puas mewah, hidup ala kadar pun masih mampu berlaukkan udang..
miskin cheta tak sama ngan miskin marhaen
Quote lanacondor 10-12-2024 11:38 PM
Edited by lanacondor at 10-12-2024 11:40 PM

Dia punya level miskin bkn mcm marhaen. Kalau jual aset2 dia Pon dah boleh setel hutang2 dia. Cepat2 la byr hutang che ta. Mara Pon ada hati perut boleh bincang. Lepas ni jgn suka tayang sgt dlm socmed. Fokus Hal kerja je
Quote dua_chzy 10-12-2024 11:40 PM
Stress le tu. Tu yang makan banyak.
Quote LadyCarefree 11-12-2024 02:08 AM
lanacondor replied at 10-12-2024 10:38 PM
Dia punya level miskin bkn mcm marhaen. Kalau jual aset2 dia Pon dah boleh setel hutang2 dia. Cepat2 ...

Asset apa?
Quote bottompro 11-12-2024 02:46 AM
Berlakon tenang. Padahal dah kecut perut. Jatuh air muka sheols.

Sheols kn kaya raya 5 keturuan xhabis makan
Quote nurul_akmar 11-12-2024 02:57 AM
Edited by nurul_akmar at 11-12-2024 10:58 AM

Tgk berita mlm td masuk kes sita ni. Pihak mara tu ckp kita buat sbb mempamerkn kemewahan tp hutang x byr.. byr je la chetaa.. mara tu blh buat ansuran n byk dia boleh bg diskaun. Anggap jela 1j tu mcm hutang umah.. bulan2 takat 4-5 k je.. rasanya che ta lebih dr mampuu.. selai baju cheta dh rege 4-5k
Quote noor2 11-12-2024 04:43 AM
Masyarakat mampu gelak jela tgk lakonan dia ni...hidup x pernah x membongak...
Quote ezacbee 11-12-2024 04:46 AM
T20 hutang berjuta relax je.

Confirm xnak bayar ni. Rela muflis.
Quote MissVixen 11-12-2024 06:16 AM
Mara tu duit nak pakai balik untuk bantuan para pelajar nak sambung belajar. Mangkuk ni bayar la hutang mara tu. Acah2 tenang konon. Kalau tak mampu, bayar la walaupun sikit2. Benci betul aku dengan orang suka berhutang dan takde inisiatif nak bayar ni. Bila kena hentam, mula main sentimen agama.
Quote zehra2 11-12-2024 06:26 AM
kita tk dengki org kaya tp kalau guna dana awam, sila byr hutang tu.. ramai lg anak B40 yg perlukan bantuan pendidikan. hutang dekat 1 juta berniaga apa? tak untung ke? tp mewah je
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:33 AM
buat ape nak kalut duit kerejaan bkn duit dia pun
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:33 AM
lapar pulek rasa
Quote epal_putih 11-12-2024 06:44 AM
Sita rumah tu pahtu jual.. pindah balik dok mana2
Tu dana awam
Quote Barebow77 11-12-2024 07:18 AM
Ibarat kau amik portion hak pelajar2 yang Mara nak taja la..pastu wat bodo xde rasa bersalah..siap show off kat socmed..sekali terbuka aib..kalau aku malu oiii..makan udang sambal tapi rasa mcm tempe jah..acah2 demage control padahal nasi dah jadi bubur..
Quote cm_vungtau 11-12-2024 07:26 AM
Hari tu ingat lagi anak dia masuk Taylor’s pastu dia cakap berpeluh ketiak nak bayar. Eh kosser padahal ada 1 juta dari Mara
Quote Gigi_Comel 11-12-2024 07:30 AM
lanacondor replied at 10-12-2024 11:38 PM
Dia punya level miskin bkn mcm marhaen. Kalau jual aset2 dia Pon dah boleh setel hutang2 dia. Cepat2 ...

Asset apanya? Tak baca berita ke? Hasil Dalam rumah tu pun Tak sampai 100k lagi nak asset…
Quote adeqbun 11-12-2024 07:36 AM
lanacondor replied at 10-12-2024 11:38 PM
Dia punya level miskin bkn mcm marhaen. Kalau jual aset2 dia Pon dah boleh setel hutang2 dia. Cepat2 ...

itu kalau die nak setel..lama dh die usahakan pelan2 bg setel..kdg ade yg jenis mmg sngaja xmau setel utang..
Quote noell 11-12-2024 07:38 AM
epal_putih replied at 11-12-2024 06:44 AM
Sita rumah tu pahtu jual.. pindah balik dok mana2
Tu dana awam

rumah kalo under finance bole sita/lelong ka??

ka dia beli umah cash pakai loan mara??


Quote miznora 11-12-2024 07:48 AM
Elok je dia makan udang siakap atas meja. Kalau orang susah makan telur dadar semata [em:22:]

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top