CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuntut AIU Alor Setar. Sulaiman JS Abuanza maut ditembusi tujuh peluru Israel

12-12-2024 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43961| Komen: 3

 

Alor Setar: Buat kali pertama dalam sejarah penubuhannya, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) menganugerahkan Ijazah Anumerta kepada salah seorang bekas penuntutnya.

Ijazah itu diserahkan kepada Allahyarham Sulaiman JS Abuanza, 23, pelajar Ijazah Sarjana Sains Komputer yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu akibat serangan tentera Israel.

Ijazah itu disampaikan oleh Pro Canselor AIU, Sonny Bill Williams kepada rakan baik mangsa yang juga warga Palestin, Adnan Madi, 21.

Anak ketiga daripada enam beradik itu terbunuh akibat terkena tujuh butir peluru ketika serangan hendap olen tentera Israel.

Salah satu peluru itu menembusi tangan kiri mangsa dan mengenai jantungnya.

Tragedi itu berlaku ketika Sulaiman yang juga pelajar Tahun Kedua pulang bercuti ke Gaza dan merancang melakukan pembedahan Lasik di Mesir.

Sementara itu, ibunya, Abeer Ahmad, 45, menerusi rakaman video menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang juga pengasas AIU atas penghormatan itu


"Bagi pihak rakyat Palestin, saya amat berterima kasih atas peluang yang diberikan kepada anak saya," katanya.

Naib Canselor dan Presiden AIU, Profesor Datuk Mohd Saleh Jaafar, berkata Sulaiman akan dikenang sebagai seorang penuntut yang berdedikasi dan komited.

Ini adalah kali pertama AIU menganugerahkan Ijazah Anumerta.

"Sulaiman, adalah salah seorang penuntut terbaik kami dan akan dikenang hingga kini atas potensi luar biasa yang ditunjukkannya," katanya tadi.

Dalam satu kenyataan, AIU berkata, dedikasi dan minat mendalam Sulaiman terhadap pembelajaran menjadi teladan kepada semua.

"Komitmen tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan turut dicerminkan dalam pencapaian akademiknya, di mana beliau mendapat Senarai Dekan pada setiap semester.

"Salah satu sumbangan pentingnya ialah penciptaan Peta Penerima Manfaat Baling, sebuah projek yang memainkan peranan besar dalam menyokong misi Yayasan Albukhary," menurut kenyataan itu.

Adnan berkata, kakak Sulaiman, Shaimma, 20, sepatutnya hadir ke majlis konvokasi untuk menerima ijazah bagi pihak keluarganya.

"Malangnya, beliau tidak dapat hadir kerana sempadan Palestin masih ditutup. Saya benar-benar berbesar hati menerima ijazah ini bagi pihak keluarganya.

"Semoga beliau sentiasa dikenang sebagai cahaya harapan untuk keamanan sejati di Palestin," katanya.

Sumber – Harian Metro

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 12-12-2024 11:09 PM
Kali kedua jumpa istilah Ijazah Anumerta ni. Hari tu ada satu thread juga dalam CI pasal siapa tah. Ini ijazah aci ka tak?
Quote aavakateimani 14-12-2024 10:01 AM
u ape ni
Quote aavakateimani 14-12-2024 10:01 AM
perlu ke mentioned uni ape

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.075716 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top