GERIK – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota tentera yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum di sini pada 30 November lalu, ditamatkan hari ini. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, operasi itu dihentikan pada pukul 6 petang tadi selepas tiada sebarang petunjuk penemuan mangsa. “Operasi mencari mangsa telah dijalankan oleh pasukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak kejadian itu dilaporkan dengan seorang mangsa ditemukan meninggal dunia akibat lemas manakala seorang lagi masih hilang. “Bagaimanapun, selepas 12 hari mangsa masih belum dijumpai dan pasukan polis menamatkan operasi pencarian hari ini manakala usaha pencarian anggota itu masih diteruskan oleh ATM,” katanya di sini hari ini. Sumber - KOSMO! ONLINE |
cikdot replied at 13-12-2024 01:49 PM
dah ke belum?
seri_mawr replied at 13-12-2024 02:57 PM
Hutan Royal Belum nama khas..
tu sbb huruf besar dekat nama Hutan Royal Belum
theotherfriend replied at 13-12-2024 08:41 PM
Ni soklan serius tau.
Sorang mati, sorang hilang, ada tak tindakan tatatertib pada yang sign arahan ...
mawardia: Hmmm dah nasib dia. Deras betul arus tu sampai komando pun boleh kalah. I hope there will be a closure for his family and army.
ADVERTISEMENT