CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyokong Zii Jia bengang, anggap peraturan BWF 'ke laut' - "Semoga cepat sembuh LZJ (Lee Zii Jia)"

13-12-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 48847| Komen: 3

 


Kuala Lumpur: Penyokong setia Lee Zii Jia berang selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membatalkan penyertaan pemain perseorangan utama negara itu hanya kerana dia menarik diri ketika aksi ketiga peringkat Kumpulan A berdepan wakil tuan rumah, Li Shi Feng di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 dekat Hangzhou, China, hari ini.

Pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Zii Jia bermula baik apabila memenangi set pertama 22-20 dan sedang mendahului 13-5 di set kedua sebelum dia dihantui kecederaan buku lali kanan.

Dia cuba untuk meneruskan permainan tetapi terpaksa membuat keputusan menarik diri ketika mendahului 15-11.

Tindakan menarik diri itu menyaksikan kemenangannya dalam dua perlawanan awal sebelum ini ke atas jaguh Taiwan, Chou Tien Chen dan Anders Antonsen dari Denmark yang mana dia sudah pun mengesahkan tempatnya ke separuh akhir, turut dibatalkan.


"Semoga cepat sembuh LZJ (Lee Zii Jia), sayangnya dia betul-betul tengah 'on form'. peraturan BWF ke laut, dengan rawatan perubatan entah apa-apa," tulis Mohamad Shamsuri di media sosial.

Manakala Noh Mohd Noh menulis: Kecederaaan menyebabkan dia dibatalkan (penyertaan) walaupun dah menang set pertama dan mendahului mata di set kedua. Semoga cepat sembuh."

Seorang lagi penyokong Zii Jia menulis: "Peraturan itu mnjadikan perlawanan sangat boring. 'Game' tergantung," katanya.

SUMBER : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 14-12-2024 09:22 AM
ye mmg ke laut dlm
Quote aavakateimani 14-12-2024 09:23 AM
aku xpernah pun tgk bedminton
Quote axl_bach 14-12-2024 09:31 AM
Sayanglah dia walkover..... Patutnya dia buat protes stay jer dlm court, main tegak sampai abis match.... Kalah pun xder hal sbb dah qualified for semi.....

Di semi kalau masih x recover pun ok jer, masuk dok tegak jer utk terima serve lawan....

Biar kalah, asalkan protes ditonton satu dunia dan hadiah kejohanan pasti lg tinggi bila keluar sbg semifinalist....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.025996 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top