Oleh Adib ZA Ramai yang mengeluh susah, duit tak cukup, gaji tak naik dan sebagainya. Namun, hakikatnya lebih ramai yang susah di luar sana. Dan ia bukan sekadar cerita nak sedapkan hati. Sebaliknya, seperti status yang dikongsikan oleh seorang guru ini, sangat membuka mata dan minda tentang keperitan yang dialami lebih ramai orang di luar sana. Guru ini bercerita dan berkongsi bagaimana beberapa orang bapa yang datang semasa hari pendaftaran kelihatan buntu dengan senarai yuran yang perlu dibayar. Ketika ditanya, mereka mengatakan masih ada beberapa orang anak yang bersekolah dalam darjah berlainan. Wang yang ada di tangan tersangat terhad. Tidak sampai RM100 pun. Begitu juga dengan ibu yang datang, bukan dari kalangan mereka yang berada. Hanya seorang suri rumah dan suaminya pula tidak bekerja atas sebab tertentu. Itulah antara kisah-kisah yang dikongsikan oleh guru ini. Yang pasti, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Jika itu yang berlaku di Malaysia, lebih teruk lagi yang berlaku di negara jiran. Harian Metro melaporkan hari ini (5/1/2016) , lebih 28.5 juta rakyat Indonesia hanya memiliki pendapatan RM108 sebulan. (Sumber foto: carian google) Semoga ada yang ringan tangan, bermurah hati untuk menghulurkan bantuan buat anak-anak dari golongan susah ini. Buat anda yang sering merungut tentang masalah ekonomi peribadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. Sesungguhnya ramai yang lebih susah. Syukur dan sabar itu perlu seiringan. Moga tahun ini lebih ramai yang akan berjaya dan menggapai cita-cita. - CARI Infonet
|
11
Bagus |
22
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory replied at 5-1-2016 04:04 PM
Kalau aku cikgu tu mau menitik airmata kat situ....sedihnya..kementerian pedidikan dgn sekolah pun s ...
krustykrab replied at 5-1-2016 04:17 PM
betui tu crowne....
buat pe la nak beli tie, vest, lencana khas utk sekolah( i mean buat la gabun ...
CrowneGlory replied at 5-1-2016 04:57 PM
Betul krusty...anak i dulu pengawas sekolah menengah..bayangkan jaket pengawas je dh rm180...tai ...
kumen2 replied at 5-1-2016 05:13 PM
sebab tu perancangan awal amat penting... bkn last minit.... bkn salah kan duit salah cara kita susu ...
ell768 replied at 6-1-2016 03:18 PM
kalau sek anak aku lak tiap2 tahun kene beli buku tambahan..masaalahnya x pernah guna..motip bg list ...
ADVERTISEMENT