CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BNM akan umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan - Fahmi

13-12-2024 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 49897| Komen: 11

 


Putrajaya: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan penyelesaian terhadap isu kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim& pada mesyuarat Kabinet hari ini, yang mengatakan bahawa bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.

"Perdana Menteri sudah memaklumkan perkara ini pada sesi soal jawab Perdana Menteri Selasa lepas, bahawa BNM akan membuat penilaian, perbincangan dan akhirnya nanti mengumumkan satu keputusan hasil daripada isu kadar insurans.

"Hari ini Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri, perlu sedikit masa lagi, tapi dalam masa yang tak terlalu lama, BNM akan buat pengumuman," katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini hari ini.


Pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat Selasa lepas, Anwar berkata BNM dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menentukan kawalan agar kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi hingga menimbulkan pelbagai masalah kepada pesakit.

Semalam ketika sesi pergulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar Kementerian Kewangan di Dewan Negara, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata BNM akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

Justeru Fahmi yakin pengumuman itu kelak akan memberi kelegaan kepada rakyat negara ini yang mengharapkan agar isu itu dapat ditangani sebaik mungkin.

SUMBER : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 14-12-2024 09:17 AM
jgn naik byk sgt
Quote aavakateimani 14-12-2024 09:17 AM
cepat selesaikam
Quote BoongaKertas 16-12-2024 09:15 AM
naik2 x habis2. hope by the time org nak claim nanti, jgn ttiba menyusahkan udah ler.
Quote Dwdrum 16-12-2024 09:18 AM
Suruh hospital downgrade facilities and treatment jadi hospital ala afghanistan... Cost jadi mahal sebab cost medicines... Equipments and maintenance sebab banyak adapt new technologies...
Quote tungkai 16-12-2024 10:52 AM
Hopefully ada option macam motor vehicle insurance yg ada NCD kalau tak pernah claim.
Quote najib888 16-12-2024 04:38 PM
Ambil iktibar daripada kes Luigi Mangione yang tembak Brian Thompson... walau tak serupa tapi ada persamaan jugak.. jangan kira premium saja
Quote white_musk 16-12-2024 05:11 PM
najib888 replied at 16-12-2024 04:38 PM
Ambil iktibar daripada kes Luigi Mangione yang tembak Brian Thompson... walau tak serupa tapi ada pe ...

Jim Thompson yang hilang d Cameron Highlands sekitar 1960an belum dapat dijumpai sehingga kini
Quote n3ar 16-12-2024 05:23 PM
dah kenapa fahmi yg g sampaikan berita ni...ko portfolio lain..

suruh la PMX merangkap menteri MOF atau menteri KKM yg jawab
Quote green~tea 16-12-2024 07:12 PM
n3ar replied at 16-12-2024 05:23 PM
dah kenapa fahmi yg g sampaikan berita ni...ko portfolio lain..

suruh la PMX merangkap menteri MOF  ...

Gelabah kot sebab ramai surrender dah medical card masing taknak continue
Quote capiloton 17-12-2024 08:48 AM
insurans... piggy bank gomen

rakyat marhaen kena scam jer la seumur hidup
Quote najib888 17-12-2024 12:03 PM
white_musk replied at 16-12-2024 05:11 PM
Jim Thompson yang hilang d Cameron Highlands sekitar 1960an belum dapat dijumpai sehingga kini
...

Dengar2 dia dah masuk terus alam sebalik mata..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.041289 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top