CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

B40 bayar haji RM15,000, M40 bayar RM23,500 - Lembaga Tabung Haji

16-12-2024 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23753| Komen: 76

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bayaran haji bagi musim 1446H/2025M naik 20 peratus bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 dan M40 susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, bagi tahun 2025, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM15,000 berbanding RM12,356 seorang tahun 2024.

“Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu tahun depan pula ditetapkan RM23,500 berbanding RM19,152 seorang tahun ini,” katanya pada sidang akhbar khas hari ini.

Tambahnya, kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan T20 yang kali pertama kekal RM33,300 pada 2025 iaitu bersamaan kos haji bagi seorang haji muassasah yang ditetapkan pada 2024.


Menurut Syed Hamadah, pihaknya telah dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 1446H/2025M di mana kos haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah muassasah.

Katanya, bagi tujuan mengekang kenaikan kos, TH mengambil pelbagai langkah perlu termasuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan.

“Bagi mengawal kos, TH berusaha mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak meningkat,” katanya.

Katanya, kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi 87 peratus dari kos keseluruhan dengan ia adalah di luar kawalan TH.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 16-12-2024 11:39 AM
15 ribu ringgek tersenyum sinis
Quote zehra2 16-12-2024 11:40 AM
nasib M40 kan.2024 RM19500 rasa nya.
tp kita pergi je kursus haji kat masjid sini setiap ahad.  dah mggu ke 8.
ada rezeki adalah. yg penting persediaan.
Quote makiting 16-12-2024 11:48 AM
Syukur dah selesai rukun haji,
masa tu Rm9 ribu lebih..

Makin mahal selari mahalnya segala benda kat Mekah Madinah sekarang

Org Arab ikut kepala dia aje nak naikkan harga
Quote talapia 16-12-2024 12:04 PM
adakah sebagai kerajaan.. atau pemerintah.. dorang ada kewajipan utk make sure semua umat islam dapat tunai haji?

aku mcm x faham..
mengerjakan haji ni JIKA MAMPU..
bunyi mcm simple..
tak mampu.. tak wajib..
tapi skrg mcm seboleh2 dijadikan mampu dengan segala bentuk bantuan..
bertangga2 pulak.. yg itu bnyk ni.. yg ini x dapat langsung..
Quote midori888 16-12-2024 12:20 PM
zehra2 replied at 16-12-2024 11:40 AM
nasib M40 kan.2024 RM19500 rasa nya.
tp kita pergi je kursus haji kat masjid sini setiap ahad.  dah  ...

tumpang tanya...kursus haji biasa start bulan brapa?
Quote AkokKocik 16-12-2024 12:24 PM
zehra2: nasib M40 kan.2024 RM19500 ras ...


Samalah kita, aku pergi je kursus haji stiap minggu wpun penceramah tu kata dtg kursus bkn bererti konfem dpt tawaran prg tahun depan...aku prg sbb seronok dgr penceramah bercerita ttg haji...ustaz tu kata kita pergi haji atas jemputan Allah bkn tabung haji.
Quote zehra2 16-12-2024 12:28 PM
midori888 replied at 16-12-2024 12:20 PM
tumpang tanya...kursus haji biasa start bulan brapa?

TH dh mula 27 nov selama 13 mggu. free je kat masjid sini.. sampai januari. ada 13 tajuk. ahad smlm mggu je 8 tajuk adab dan aurat wanita. ada buku panduan. kita dpt free. ada org berinfaq 40 naskah
Quote aechae 16-12-2024 12:30 PM
zehra2 replied at 16-12-2024 11:40 AM
nasib M40 kan.2024 RM19500 rasa nya.
tp kita pergi je kursus haji kat masjid sini setiap ahad.  dah  ...

Td ada mcm terbaca awal Jan surat tawaran haji dikeluarkan.... semoga ada rezeki sis.
Quote zehra2 16-12-2024 12:31 PM
AkokKocik replied at 16-12-2024 12:24 PM
Samalah kita, aku pergi je kursus haji stiap minggu wpun penceramah tu kata dtg kursus bkn bererti ...

ada cgu tu ckp dia dah 3 thn dtg kursus.. belum panggil pun.
lg pun bkn nya lama setiap ahad pkl 8.30-11.15 pagi. kalau dh gi umrah, lg senang nk faham sbb dh nmpk keadaan nya
Quote midori888 16-12-2024 12:39 PM
zehra2 replied at 16-12-2024 12:28 PM
TH dh mula 27 nov selama 13 mggu. free je kat masjid sini.. sampai januari. ada 13 tajuk. ahad sml ...

owh bulan Nov yer start kursus Haji...thank you info...
Quote AkokKocik 16-12-2024 12:46 PM
zehra2 replied at 16-12-2024 12:31 PM
ada cgu tu ckp dia dah 3 thn dtg kursus.. belum panggil pun.
lg pun bkn nya lama setiap ahad pk ...

Korang stiap hari ahad ye...kami orang stiap hri sabtu, pukul 8.00 -11.45pagi...ada pokcik tu dh 4x buat rayuan haji, masih blum dpt tawaran, mntk kesian dgn penceramah tu utk dipilih prg haji...kesian plak aku tgk pokcik tu.

Quote zafira 16-12-2024 12:49 PM
Alhamdulillah dah selesai buat haji tahun ini. Lebih dari 7 tahun buat rayuan, tahun ni dipilih..kena bayar full..
Quote Decaffeinated 16-12-2024 01:28 PM
Duit sabsidi tu datang dari pencarum juga kan, TH ada pernah minta izin tak?
Quote syamzana 16-12-2024 01:29 PM
aechae replied at 16-12-2024 12:30 PM
Td ada mcm terbaca awal Jan surat tawaran haji dikeluarkan.... semoga ada rezeki sis.

kalau ikut statement semlm, hari ni lepas derang announce harga dah dihantar tawaran through email/msg.
merayu start 26/12.
blh la msg2 check...iols check takdak lagi
kalau yg surat tu maybe gak la awal january baru hantar kot
Quote midori888 16-12-2024 01:33 PM
AkokKocik replied at 16-12-2024 12:24 PM
Samalah kita, aku pergi je kursus haji stiap minggu wpun penceramah tu kata dtg kursus bkn bererti ...

betul tu...mengerjakan haji atas jemputan Allah...
Quote sayawifenikmie 16-12-2024 01:44 PM
talapia replied at 16-12-2024 12:04 PM
adakah sebagai kerajaan.. atau pemerintah.. dorang ada kewajipan utk make sure semua umat islam dapa ...

apa salahnya kita para pendeposit tabung haji membantu ...
dapat pahala

Quote jas7512 16-12-2024 01:46 PM
Alamak..dulu gaji m40 tapi sspa jd t20...so kn byr rm33k lah ya utk haji?...thn i lg 3 thn..hrp2 hidup lg..malas nak buat rayuan
Quote vanilacup 16-12-2024 01:50 PM
Zaman makcik aku pergi thn 2016 under Tabung Haji tapi diberi pd swasta dlm 19 ribu lebih bawah Andalusia tapi dpt stay sampai 50 hari baru balik. Memang puas hati lah lama duduk sana. Paling lama yg aku pernah dengar. Untung betul makcik aku tu ..
Quote talapia 16-12-2024 01:56 PM
sayawifenikmie replied at 16-12-2024 01:44 PM
apa salahnya kita para pendeposit tabung haji membantu ...
dapat pahala

betull dapat pahala..

tapi entah.. taktau nak cakap camne..  mungkinla MAMPU tu luas.. bukan semata2 kewangan dan kesihatan..
mampu juga dr segi masa.. tanggungjawab..
dan tak lupa jika Allah berkehendaki.

sebagai M40.. aku juga berusaha untuk mencukupkan keperluan..
kalau harga tanpa subsidi itu la.. mungkin aku tergolong tak mampu.. dan  dah gugur kewajipan kot?
begitu juga B40.. kalau tanpa subsidi.. tak mampu.. maka tak wajib la..
mungkin tak sesimple tu.

ada orang yang sampai ke akhir hayatnya tak berjaya buat haji.. dan dia memang kurang berkemampuan. So mmg tak wajibla kan pada dia? Tak wajib jugala warisnya nak buat badal haji ke apa..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.265840 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top