CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Konsert Mawi tangguh akibat banjir, netizen tebak tiket tak laku? - "Kenapa Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh saja teruskan”

16-12-2024 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28716| Komen: 75

 


Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari tahun hadapan ditangguhkan sehingga Julai 2025 bagi menghormati mangsa banjir di negeri-negeri terkesan akibat bencana banjir.

Pengumuman tentang penangguhan konsert itu dibuat pihak penganjur iaitu Showtag Asia menerusi satu hantaran dalam akaun Instagram.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi semasa khususnya bagi menghormati para peminat dari negeri-negeri yang terkesan akibat bencana banjir. Laporan terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengesahkan bahawa Monsun Timur Laut dijangka berlarutan sehingga Mac 2025 yang menjadikan tarikh asal kurang sesuai untuk diteruskan,” tulis mereka dalam kenyataan tersebut.

Tambah pihak penganjur lagi, keputusan untuk menangguhkan konsert selama enam bulan juga akan memberi mereka tempoh yang lebih lama untuk membuat persiapan rapi.


“Kami percaya langkah ini adalah yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat. Tiket yang telah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu. Sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini melalui laman web rasmi serta platform media sosial kami.

Peminat bagaimanapun kurang senang dengan berita penangguhan konsert terbabit dan berspekulasi kononnya tiket konsert juara Akademi Fantasi musim ketiga (AF3) itu tidak laku.

“Cakap saja lah tiket tak laku. Macam tak logik alasan dia. Kenapa Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh saja teruskan,” komen netizen.

Malah ada juga pembeli tiket yang meminta untuk wang mereka dikembalikan kerana telah menempah tiket penerbangan serta penginapan.

Terdahulu pengumuman mengenai Konsert Tsumawi Live In Kuala Lumpur dilakukan pada sidang media 17 September lalu. Pada acara yang sama Mawi telah melakukan gimik membotakkan kepalanya seperti zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 16-12-2024 12:14 PM
Mungkinkah krn netizen nyampah mawi ni buat filem alakazzy tu??spekulasi aku lerrr...
Quote Orix 16-12-2024 01:02 PM
Teringat zaman kegemilangan dia dulu. Masuk watsons pun sana sini muka dia dekat produk.
Quote lazim 16-12-2024 01:15 PM
Yg mawi pon... Nk buat konsert tapi promotion xde. Aku tgk ig dia br prasan dia nk bt konsert.. tu pon ig dia sendu. Dia sendri xrajin reply fans. Berapa kerat ie fans zmn af sanggup beli tiket. Mak iols sendri dh umu70 lbh. Xkn la pi konsert. Mawi kena la sedar diri generasi baru xknl dia. Tambah plk netizen masih puja ina.. lain la klu dia tgh ada lagu bru yg meletop. Sedangkan ecah retno yg tgh naik pon xleh jual
Quote pocongkiutss 16-12-2024 01:27 PM
Sapa jer yg masih minat gila kt dia..acik2 dh berpindah ke patah amon ler
Quote ajeajelah 16-12-2024 01:31 PM
Beberapa bulan lepas tengok dia nyanyi live kat youtube ke tiktok. Masih sedap sore dia. Boleh nyanyilah oeang cakap.
Quote hokeypokey 16-12-2024 01:32 PM
eh taktau pun ko buat konsert, tau2 jer dh tangguh.. ada lagi ke peminat si mawi ni???
Quote cm_vungtau 16-12-2024 01:34 PM
Lagu apa ko ada nak konsert bagai? Buat kat johor la. Ke Felda Taib Andak ke. Sesama bangsa J kan. Tapi ko dah buat hanat dekat acik jual chilli crab hari tu. Padan muka
Quote noor2 16-12-2024 01:34 PM
Lagu apa yg dia ada..x pernah dgr pun
Quote ashilalat 16-12-2024 01:35 PM
Betol la x laku tu...sbb x rasa mawi masih bole jual. Dah terbenam lebih 10 tahun alih² muncul wat konsert. Mana lah nK laku.
Quote tsui87 16-12-2024 01:47 PM
tau 3 je lagu yg dia nyanyi.. ada hati nak buat konsert..  
Quote mrsLucky 16-12-2024 01:49 PM
kalu ada penyanyi jemputan cam Dato M nasir dan Dato Jamal Abdullah mungkin boleh jual tiket tu..
Quote noor2 16-12-2024 01:55 PM
mrsLucky replied at 16-12-2024 01:49 PM
kalu ada penyanyi jemputan cam Dato M nasir dan Dato Jamal Abdullah mungkin boleh jual tiket tu..


Jamal dan M.Nasir boleh demand 1 lagu RM90k..baikla depa buat konsert sendiri
Quote AnnaSendin 16-12-2024 01:56 PM
Mengarah filem sajorklah mawi. Uols pandai buat filem. Bakat terpendam.
Quote 3480 16-12-2024 01:57 PM
Baru perasan.. gen sekarang lagi kenai inamunge dpd mawi. Dasyatla ina. Terkenal dr dulu sampai skrg
Quote dekmieDandy 16-12-2024 02:47 PM
besarnye venue untuk heolls yang tak aktif menyanyi ni, 5k capacity kot

Quote Joysparta 16-12-2024 02:51 PM
Sape je la nak p tgk konsert dia ni. Dah ditelan zaman lerrrr
Quote hyie 16-12-2024 04:28 PM
heols kena collab dengan artis lain yang popular dan high demand masa kini. Dan rajin rajinlah buat promosi sebab takda sapa pun tahu, even acik porem
Quote Prickford 16-12-2024 05:27 PM
Luck & rezeki memihak pada heolls je masa zaman Tsumawi tu. Skang sape je heran. Apa je lagu yg heolls ada? Yg hits? Ikutkan bakat2 baru yg muda mudi lagi bnyk lagu hits dari Mawi yg dah nak masuk 20 tahun dlm industri.
Quote izat123 16-12-2024 06:20 PM
Prickford replied at 16-12-2024 05:27 PM
Luck & rezeki memihak pada heolls je masa zaman Tsumawi tu. Skang sape je heran. Apa je lagu yg heol ...


Album-album dia dulu terjual beratus k kan. Plus banyak je rasanya lagu lagu dia from first album tu radio duk ulang ulang sebab zaman Tsumawi kan. Campur sikit sikit album seterusnya ada lah juga kot at least 10 lagu yang orang tahu. Tapi tulah, siapa je nak beli tiket tengok dia menyanyi lagi. Bukan zaman dia dah. Dia ni elok orang buat kajian macam mana masa famous satu Malaysia macam tergila gila letak tiding mawi air mawi pun boleh laku. Tiba tiba Allah tarik gitu je sampai takde siapa peduli pun tah ada peminat lagi ke tidak haha

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.034445 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top