CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Buka DM, hari-hari orang ajak jumpa, minum kopi’ - Hisyam Hamid

16-12-2024 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27534| Komen: 33

 


Hampir setahun menduda, pelakon Hisyam Hamid belum terfikir untuk mencari calon isteri sebagai pendamping hidupnya.

Pernah rasa sunyi, Hisyam, 39, bagaimanapun mengakui lebih selesa menjalani kehidupan bersama dua orang anaknya.

“Saya tak mencari (pasangan), kalau ada atau tidak pun saya okey sahaja, alhamdulillah.

“Tak boleh nak cakap sebab ini soal hati dan perasaan, saya sudah selesa hidup begini.

“Kadang-kadang sunyi dan sedih tetapi secara keseluruhan saya belum terfikir ke arah itu (kahwin semula),” katanya kepada Kosmo! Online.

Berkongsi lanjut, pelakon drama rantaian Andai Tiada Dia itu mendedahkan ramai wanita cuba mendekati tetapi dia memilih untuk fokus kepada diri sendiri.

“Ada ramai mendekati. Kalau buka (mesej langsung) DM hari-hari orang ajak jumpa atau keluar minum kopi.

“Namun, buat masa ini saya tak layan dan enggan balas langsung sebab tak tahu orang macam mana.


“Saya memang tidak mahu terburu-buru dan memang nak fokus diri sendiri sahaja sekarang,” ujarnya.

Dalam masa sama, anak jati Singapura itu bersyukur apabila anak-anaknya tidak pernah memaksa untuk berbalik dengan bekas isteri selain prihatin terhadap keadaan bapa mereka.

“Ada sembang dengan anak-anak. Mereka pun tanya tentang kehidupan saya.

“Terutama sekali anak lelaki saya walaupun berumur 15 tahun tetapi dia sangat matang dari segi pemikiran.

“Bersyukur ada anak-anak yang memahami. Mereka pun tak paksa saya kembali bersama bekas isteri,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon itu menjadi perhatian selepas mengesahkan sudah bercerai dengan isteri, Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 16-12-2024 01:29 PM
bercerai sbb apa pun tak tau.. so no komen la duda hot.. kau jatuh no 2 duda terlaris sbb no 1 semestinya bamtah
Quote BoongaKertas 16-12-2024 02:47 PM
muda lg eh heols rupanya. 1985. sbb kawen muda kot.
Quote hyie 16-12-2024 04:24 PM
biasalah duda ganteng kan. Kalau asmara ini ada yang DM juga tak? larikkkkkkkk
Quote KelisaOren 16-12-2024 06:59 PM
Fatima n mommy pun suka betul dapat jumpa hisyam ni ek
Quote ajeajelah 16-12-2024 07:12 PM
Dia ni smart looking dan kategori hensem. Semoga bertemu jodoh lain dengan segera. Tapi aku heran ada jugak pompuan yang x mesej laki2 yg tak dikenali untuk ajak minum kopi.
Quote Rogue98 16-12-2024 08:11 PM
Tu hahhh...ada janda nak bebi boiii....
Quote amyfaha 16-12-2024 08:56 PM
Bang hishammm hansone. Berlakon pun makin mantappp. Cuma satu je meols x kenan., bilakene interview tu boleh x jus guna 'saya' , jgn gelar diri sbgai 'hisham'. Meolssss cannot la ngna duda ni. Hesmesss sangat. Wangiiii je.
Quote bedahmenjuyah 16-12-2024 09:00 PM
amyfaha replied at 16-12-2024 08:56 PM
Bang hishammm hansone. Berlakon pun makin mantappp. Cuma satu je meols x kenan., bilakene interview  ...

Oh ya? Haha dulu opismate aku suka bahasakan nama dia kalau bercakap dgn bos. Ai is kenot. Kalau pompuan bahasakan nama ok sikit. Btw hisham ni mmg hensem dan bolwh berlakon tp tak sefemes haron n adi.
Quote amyfaha 17-12-2024 02:18 AM
bedahmenjuyah replied at 16-12-2024 09:00 PM
Oh ya? Haha dulu opismate aku suka bahasakan nama dia kalau bercakap dgn bos. Ai is kenot. Kalau p ...

Aaron & adi kayuuu pun dapat nama. Apelg heolll yg mmg hansome,muka manis dan pandai berlakon.
Quote LadyCarefree 17-12-2024 06:49 AM
Rogue98 replied at 16-12-2024 07:11 PM
Tu hahhh...ada janda nak bebi boiii....

Janda tu elok kahwin dgn SiMukaKawah. Dua2 kaki drama. Bercakap pun sentiasa macam sedang berlakon.
Quote nazzse 17-12-2024 10:02 AM
amyfaha replied at 16-12-2024 12:56 PM
Bang hishammm hansone. Berlakon pun makin mantappp. Cuma satu je meols x kenan., bilakene interview  ...

kenapa tak kena guna nama sendiri uols?

Iols jenis guna sendiri juga klu text..segan nak guna saya...haha
Quote syamzana 17-12-2024 10:32 AM
nazzse replied at 17-12-2024 10:02 AM
kenapa tak kena guna nama sendiri uols?

Iols jenis guna sendiri juga klu text..segan nak guna sa ...

mcm budak2, tak pro pun ye jugak tapi kalau dgn fmly ok sbb kita rapat.
kalau dgn org luar/formal/kawan2 pun agak euwwww gituh. pompuan pun dah rasa cringe, lagi la lelaki manjang bila bercakap...' hisyam rasa...hisyam tatau la...hisyam anggap benda tu normal...hisyam...hisyamm...omg!!!! ahahahahah

Quote sweetfasha 17-12-2024 10:58 AM
OMG bercakap guna nama sendiri pun jadi trigger...

ada je org suka bercakap guna nama sendiri to represent their self..
Quote ezacbee 17-12-2024 11:34 AM
syamzana replied at 17-12-2024 10:32 AM
mcm budak2, tak pro pun ye jugak tapi kalau dgn fmly ok sbb kita rapat.
kalau dgn org luar/formal/ ...

Ikut style ella.. Ella rasaaa...

Hisyam ni nampak manja.. Dan berganda ok dpd si lembab tu..
Quote dewi_rina 17-12-2024 11:53 AM
Minum kopi je ke, tak thrill laa
Quote dewi_rina 17-12-2024 11:54 AM
BoongaKertas replied at 16-12-2024 06:47 AM
muda lg eh heols rupanya. 1985. sbb kawen muda kot.

Tulah, iols ingat he dah 45 sbb anak dah besar besar.. Dia kawin muda kan, sayang nya jodoh tak panjang


Quote BoongaKertas 17-12-2024 12:01 PM
dewi_rina replied at 17-12-2024 03:54 AM
Tulah, iols ingat he dah 45 sbb anak dah besar besar.. Dia kawin muda kan, sayang nya jodoh tak pa ...

itulah chuols. sbb rasa mcm dah lama plak heols dlm industri.
Quote dewi_rina 17-12-2024 12:04 PM
BoongaKertas replied at 17-12-2024 04:01 AM
itulah chuols. sbb rasa mcm dah lama plak heols dlm industri.

Kann.. Tapi lelaki melayu singapura helok-helok ye
Quote BoongaKertas 17-12-2024 12:15 PM
dewi_rina replied at 17-12-2024 04:04 AM
Kann.. Tapi lelaki melayu singapura helok-helok ye

dia mcm stok budak baik kan? kalau solely judging based on muka heols.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.185025 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top