CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan 14 tahun hilang

16-12-2024 10:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35313| Komen: 44


 


KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, Jalan Kuantan–Pekan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata laporan kehilangan Nur Soleeha Sorfina Zabri dibuat oleh ibunya kira-kira 8.49 malam tadi.

Beliau berkata wanita itu menyedari kehilangan anaknya kira-kira pukul 3 pagi apabila mendapati mangsa yang sudah tidak bersekolah tiada di dalam biliknya.

“Pengadu telah mencari di sekitar Kuantan, tetapi gagal menjumpai anak perempuannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan menerusi talian 09-5652089.


Sumber –  BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 16-12-2024 10:33 PM
Umur baru 14, tapi tengok gambar macam dah 30an.

Kenapa la budak2 sekarang suka mekap, dress up macam orang tua. Kang bila dah tua menggelupur pulak nak dress up macam budak2 muda.
Quote Carcosa 16-12-2024 10:47 PM
Biar betik 14 tahun?? Muka dah mcm akak umur 33tahun kerja kat kedai makan tomyey.
Budak2 zaman skrg gegeh nk jadi tua. Kang dah tua betul2, time tu plk kau menggelitat nak jadi muda, pakai baju ketat2 nmpk buah bulat2, seluar ketat2 nmpk "jari kaki unta"
Quote kotakbaju 16-12-2024 10:54 PM
Pic filter kot ni. Kalau rupa sebenar rasanya tally je dengan umur tu. Mana la ko pegi dek, balik la umah, kesian kat mak tu..
Quote newyork 16-12-2024 10:58 PM
14 thn tak bersekolah? Kenapa pulak nih..
Quote green~tea 16-12-2024 11:01 PM
Harap betul la gamba tu jgn mcm kisah culik telen haritu

Barang order vs barang sampai
Minah sskjp tu kalo org hantar santau pun miss... sbb setan confused
Quote MissVixen 17-12-2024 02:00 AM
Muka tua. Budak2 sekarang ni memang cepat nampak matang. Anak jiran aku punya la tinggi dan besar, muka tua rupanya baru darjah 5. Aku ingatkan dah form 4.
Quote anony-mous 17-12-2024 02:09 AM
Boleh x bg gmbar yg clear tanpa mekap n filter? Muka mcm ni tipikal sgt , white skin, colour lens, susah org nk cam. Btw like other porumer said 14thn tp mcm 30an
Quote MisXoXo 17-12-2024 05:29 AM
Tak paham lah napa ckp muka tua apa..aiyoo..realiti gambo ni dgn sebenar beza..remaja lagi ni..kdg2 faktor tudung..filter..ada ajo komenn nya..
Quote noor2 17-12-2024 06:52 AM
Kenapa x sekolah umur 14?
Quote DukunSentet 17-12-2024 07:01 AM
Sayangnya dah x sekolah.. Dikala kawan2 sebaya baru je habis exam penggal akhir sekolah, kau dah cabut lari dari rumah.. Ayooo.. What were you thinking..risau plak sbb akak ada anak sebaya this gerl.. Adakalanya rebel gak..hmmm
Quote Akalditipumata 17-12-2024 08:02 AM
Ni gmbr solehah tu ke or mak dia wei?
Quote ketambangkang 17-12-2024 08:05 AM
menghilangkan diri lah tu..muka lawa plak tu
Quote kaishi 17-12-2024 08:05 AM
budak zaman sekarang.
ntah lah. aku jadi takut pula.....
moga balik dengan selamat
Quote limesherbet 17-12-2024 08:16 AM
Ckp je lari dengan boypren. Tak sebuk skolah, sebuk bf letew
Quote Claudia_Lestat 17-12-2024 08:17 AM
Adehhh sebaya anak aku ni. Tak minat sekolah ke anak ni?. Ke manalah peginya.
Quote midori888 17-12-2024 08:21 AM
Carcosa replied at 16-12-2024 10:47 PM
Biar betik 14 tahun?? Muka dah mcm akak umur 33tahun kerja kat kedai makan tomyey.
Budak2 zaman skrg ...

betul...muka nampak 30an...
Quote kikuri 17-12-2024 08:52 AM
Edited by kikuri at 17-12-2024 08:54 AM

takde gambar muka takde mekap ke...payah nak kesan kalau tebal dengan mekap mcm tu.... mana taw boleh jumpa mana2 kat tepi2 jalan kuantan ni
Quote toynme 17-12-2024 09:00 AM
warna muka dgn tangan memang tak seiring
14 tahun kemain ranchak ko dik
pengaruh rakan sebaya ke ni
Quote kaoru44 17-12-2024 09:18 AM
gambar lain? dlm ni tak nampak mcm usia sebenar..moga mudah la urusan keluarga...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059191 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top