Pelawak dan usahawan Shuib menjelaskan tangan kanan anak bongsunya dengan Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan kurang berfungsi disebabkan dilahirkan tidak cukup bulan. Menyedari ramai yang bertanya, Shuib, 40, berkata, selain tidak cukup bulan, Ayash yang kini berusia empat tahun juga tidak bernafas selama lapan saat ketika dilahirkan. “Ramai yang bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash ini, sebenarnya disebabkan dia dilahirkan tidak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib. “Doktor yang sambut ketika Ayash dilahirkan beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru. “Disebabkan itu, oksigen lambat sampai otak selain ada kesan calar di belakang otak, jadi pada awalnya sebelah tangan tidak begitu berfungsi,” katanya salam siaran langsung TikTok. Tambahnya, hal tersebut turut memberi kesan kepada pergerakan Ayash termasuk caranya berjalan namun bersyukur anaknya semakin menunjukkan perkembangan yang positif.
“Alhamdulillah, sekarang tangan kanan dia sudah kerap bergerak. Dulu tangan dia asyik genggam sekarang sudah mula terbuka sedikit. “Masa usia dua tahun pun, cara berjalan dia agak senget ke sebelah kanan. “Walaupun dilahirkan tak cukup bulan, Ayash memiliki otak yang sangat bijak dan sangat tidak menyusahkan,” katanya lagi. Sebelum ini, ramai kerap bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash kerana sering dilihat menggenggam jarinya. Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Sumber – KOSMO! ONLINE |
gangerina replied at 18-12-2024 12:56 PM
nampak dah aman2 kat jepun main snow harap kes court semua dah settle lah ya...
immaryjane replied at 18-12-2024 12:59 PM
Iols yakin tu duit bini rempit dia tu. Sheols skrg dh buat duit better than laki dia yg tk ketahua ...
immaryjane replied at 18-12-2024 12:59 PM
Iols yakin tu duit bini rempit dia tu. Sheols skrg dh buat duit better than laki dia yg tk ketahua ...
gangerina replied at 18-12-2024 01:00 PM
oklah tu...tak sia2 bini rempit rajin main golop dulu2.....ada gak hasil...
gangerina replied at 18-12-2024 01:00 PM
oklah tu...tak sia2 bini rempit rajin main golop dulu2.....ada gak hasil...
gangerina replied at 18-12-2024 12:56 AM
nampak dah aman2 kat jepun main snow harap kes court semua dah settle lah ya...
silampumeja replied at 18-12-2024 04:30 AM
Sayu je tgk ayash. Semoga Allah permudahkan ayash membesar. Jauh drpda anasir negativ
‘Bubblebee bukan bawah saya masa tu’, tuduhan Shuib gagal bayar cukai RM1.6 juta bersambung 13 Januari
che_yatt replied at 18-12-2024 07:19 PM
golop tu apa chuolls… meolls noob sikit
ADVERTISEMENT